
Kebanyakan PC dan labtop sekarang didatangkan dengan external hard disk berkapasiti 500 GB memandangkan banyak space digunakan.
Namun space itu belum mencukupi bagi mereka yang suka menyimpan movie, game, lagu dan banyak lagi kerana sekarang pengguna sukakan kualiti dalam HD yang bersaiz besar.
Oleh itu kena tambah external hard disk bagi memastikan koleksi movie, game dan sebagainya dapat kita simpan. Jadi tidak perlulah anda delete file yang anda dah tengok tu.
Saya memilih untuk membeli Seagate FreeAgent GoFlex 500GB USB2.0 Ultra-Portable Drive untuk menyimpan semua koleksi yang ada. GoFlex Ultra-portable Drive boleh di beli di mana-mana kedai menjual komputer dengan harga RM239 (Harga mungkin berbeza mengikut kedai).
Antara lain external dari Seagate ini didatangkan dengan waranty selama 5 tahun, satu tempoh yang selamat untuk kita. Kalau ada masalah bolehlah kita claim waranty untuk di repair atau untuk digantikan dengan set baru.

Storan ini sudah mencukupi kerana PC yang saya gunakan sekarang juga berkapasiti 500 GB. Segala movie, video dan sebagainya yang saya dah layan saya akan transfer ke external yang baru ni.
Pada saya kalau anda bercadang untuk menggunakan external hard disk sila pastikan sekurang-kurangnya anda menggunakan processor dual core dan ram 2 gig ke atas. Kalau boleh anda upgrade ram ke 4 gig, gunakanlah Windows 7 Ultimate 64 bit SP1 supaya performancenya memuaskan hati anda.
Melalui pengelaman saya, kalau anda inginkan kepuasan sila gunakan PC kerana banyak benda boleh buat berbanding menggunakan labtop yang agak terbatas penggunaanya. Ini adalah spec PC yang saya gunakan sekarang dalam artikel Beli Gaming PC Dengan Harga Mampu Milik.
eh. aku ada problem la. aku ada gak pakai external ni. 500GB punya. banyak benda2 penting ada dalam ni. tapi hari tu dah rosak. takleh read lah. macam mana nk buat eh?
Problem takda cara lain selain hantar ke kedai tempat beli, biasalah benda ciptaan manusia ni bro takda yang sempurna
alamak. resit pun tah ke mana dah. acaner? -_-”
tapi mmg boleh dpt balik ke file2 dalam external tu?
ko leh dapat balik. cari software untuk dapat balik files ko. dengan syarat..ko jangan format external tu..
bagi peminat movie memang wajib ada external ni, selain untuk simpan data dan juga backup
lewisdotmy recently posted..Gambar Google Data Center (Pictures) Penerangan Ringkas
Memang wajib sebab kalau nak simpan semua dalam pc/labtop mana cukup kalau banyak sangat