SAM-Merevolusi Filem Malaysia Setanding Filem Antarabangsa

Semalam saya berkesempatan ke panggung menonton filem arahan Syafiq Yusof iaitu adik kepada pengarah box office Syamsul Yusof.

Saya mengambil keputusan untuk menonton filem ini selepas melihat sendiri trailer filem ini yang berbeza dengan kebanyakan filem di Malaysia.

Ternyata pembelian tiket filem yang diarahkan oleh pengarah termuda Malaysia ini berbaloi kerana SAM telah merevolusi filem Malaysia setanding dengan filem antarabangsa. Kenapa saya begitu? Ini kerana teknik yang digunakan dalam penggambaran filem ini adalah sangat-sangat menarik seolah-olah kita sedang menonton filem SAW yang penuh dengan permainan kejam watak antagonisnya.

Kebanyakan aksi yang dipaparkan oleh Syafiq Yusof dalam filem ini seperti real terutamanya ketika watak Lisa Suriani di gantung. Sememangnya filem ini ada identiti tersendiri.

Tidak hairan jika filem ini mendapat kutipan box office nanti kerana pada saya ia telah merevolusi jalan cerita dan teknik penggambaran dalam filem Malaysia. Filem ini bermula dengan baik kemudiannya penuh dengan aksi suspen sehingga ke akhirnya.

Kepada peminat filem Malaysia wajib ke panggung menonton filem ini kerana SAM telah mengetengahkan revolusi baru dalam filem Malaysia yang belum pernah diketengahkan oleh mana-mana pengarah di Malaysia.

Sekiranya anda adalah peminat cerita SAW dan beberapa filem suspen thriller dari luar filem ini wajib anda tonton. Saya rate filem ini 8.5/10.


2 thoughts on “SAM-Merevolusi Filem Malaysia Setanding Filem Antarabangsa

  1. Tahniah kepada Syafiq Yusuf kerana berjaya membawa satu pembaharuan. Kita kerana berani membuat perubahan demi untuk kejayaan filem Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge