
Setiap daripada kita mesti pernah ke hospital sama ada untuk melawat keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya.
Semasa di hospital anda janganlah berperangai macam anda berada di rumah. Berikut adalah perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan atau elakkan daripada melakukannya.
Kalau nampak nurse atau kakitangan hospital bawa orang mati lalu tak payahlah kita sibuk beritahu dekat pesakit yang kita jaga atau lawati itu kerana itu akan menyebabkan dia berasa risau. Tengok aje cukuplah tak payah nak sibuk-sibuk cerita dengan pesakit.
Semasa menjaga atau melawat pesakit jangan bercerita masalah yang berlaku di luar. Katakan anda sedang menjaga emak anda yang sedang sakit anda sibuk bercerita tentang masalah kerja, cerita susah nak dapat cuti untuk melawatnya. Tak ke susah hati emak kita mendengarnya. Ada bagusnya kita bergurau dengan mereka supaya taklah mereka rasa stress, ingat best ke duduk hospital.
Jangan cepat merunggut kalau pesakit yang kita jaga nak kencing, nak buang air besar sebab itu adalah normal. Sila pimpin mereka dengan baik, bukan mereka yang nak macamtu. Kena ingat masa kecil dulu kita pun tak pandai nak kencing dan berak sendiri mereka juga yang membantu. Pesakit yang tak boleh berjalan sendiri lagilah memerlukan kesabaran yang tinggi.
Oleh itu, kalau kita jaga mereka yang sakit, kita kena jaga dengan baik. Kalau datang melawat mereka yang sakit kena buat cara melawat orang sakit.
ohh..macam itukah? kena hati-hati nih..
titan recently posted..Kenapa awak suka tulis blog?
Macamtulah titan hehe
good tips.
kadang2 ada yg terlepas pandang benda ini.
Kaio recently posted..Sehari di Naza World PJ
banyak yg terlepas pandang benda macamni hehe
pesakit cepat sensitif berbanding orang yang tidak sakit, layanan yang baik haruslah ditunjukkan. Pernah alami kes masa bekerja di hospital dulu dimana pesakit naik angin hanya disebabkan perkara kecil.
Kena pandai jaga hati dan perasaan pesakit. Kadang2 ada doktor dan nurse (bukan semua) yang sambil lewa je keja, tanya sikit pun dah masam muka