Walaupun saya bukanlah pakar tentang kewangan namun saya mengetahui bahawa perancangan kewangan itu penting kepada sesiapa sekalipun. Apabila difikirkan balik tentang perancangan kewangan kita, ada baiknya kalau kita menetapkan satu perancangan yang lebih jelas dan bermatalamat.
Sama ada perancangan itu berjaya atau tidak kita yang menentukannya kan. Saya namakan perancangan tersebut sebagai perancangan kewangan 10 tahun akan datang. Katakanlah gaji bersih anda sekarang dalam lingkungan RM3000 sebulan dengan status anda belum berkahwin.
Andaikan anda belum merancang untuk berkahwin disebabkan mahu merancang kewangan anda terlebih dahulu kerana dalam perancangan tersebut kita mungkin ingin memiliki kereta, rumah dan perniagaan sendiri.
Namun disebabkan keadaan kewangan kita yang masih belum mengizinkan maka kita tetapkan satu perancangan ke arah itu. Dengan gaji RM 3000 sebulan anda mungkin boleh menyimpan RM1000 sebulan dalam ASB.
Katakan anda bermula menyimpan pada bulan januari 2012 dan pada hujung tahun 2012 simpanan pelaburan anda tadi sudah mencecah RM12, 000 belum campur dengan pendapatan ASB. Banyak tak? hehe, boleh tahan jugalah kan daripada takda langsung.
Kalau ikutkan perancangan kewangan 10 tahun akan datang yang saya cadangkan tadi, dalam tempoh 10 tahun lagi kita sudah memiliki simpanan sebanyak RM120, 000 tidak termasuk pendapatan daripada ASB.
Dalam tempoh tersebut kita mungkin boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu untuk maintain kita punya perancangan kewangan. Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini, perkongsian ini adalah apa yang berlegar-legar dalam kepala saya dari tahun lepas dan saya telah bermula pada januari lalu.
Saya amat mengalu-alukan pendapat anda semua. Kalau ada mereka yang memiliki perancangan kewangan yang hebat sila tinggalkan komen di sini untuk kita sama berkongsi.

Siapa yang dapat lawrencevision (as husband) sure pentadbiran kewangan kukuh. ASB suatu pelaburan jangka masa panjang. Bagaimana pula pelaburan jangka masa pendek?
Haha mana ada bro, banyak lagi yang advance pengurusan kewangan mereka. Pelaburan jangka masa pendek lainkali saya share he2.
Bagus nak tau gak pelaburan short term mcm mana… ;D
sesuai dengan namanya ‘vision’ huhu.