Bila berbicara tentang matalamat hidup kita mungkin ghairah untuk bercerita tentangnya namun ramai dalam kalangan kita hidup tidak mempunyai matalamat. Sama ada kita menyedarinya atau tidak itulah realiti yang berlaku dalam diri kita.
Tidak hairanlah jika baru-baru ini negara kita berada di tempat yang ke sepuluh dalam senarai negara yang mempunyai penduduk yang malas. Sebagai seorang yang dibesarkan di kampung, saya membesar dikelilingi bermacam-macam ragam orang.
Apa yang saya perhatikan kedua-dua orang tua saya begitu mengambil berat tentang pendidikan saya. Saya masih ingat lagi apabila mereka berkata bahawa suatu hari nanti kalau kita mempunyai ilmu dan sudah bekerja kita akan dihormati.
Sekarang saya sedar bahawa tujuan mereka adalah supaya kita hidup mempunyai matalamat. Mereka mahukan kita menjadi lebih baik dari mereka, itu sebenarnya yang mereka mahukan.
Sekolah adalah tempat yang mendewasakan kita dari pelbagai aspek. Selain belajar berdikari kita juga belajar cara hidup dengan orang lain.
Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, kita sambung ke peringkat sekolah menengah. Di peringkat sekolah rendah saya melihat matalamat hidup kita banyak dipengaruhi keadaan sekeliling. Buktinya apabila cikgu apakah cita-cita anda? kita selamba menyatakan bahawa cita-cita guru, polis, askar dan banyak lagi.
Namun itulah realiti yang berlaku di sekolah rendah dan sebaliknya apabila kita sampai di sekolah menengah. Kita mula mengambil serius tentang matalamat hidup. Kelompok yang ramai di sekolah sememangnya menyeronokkan. Jangan sampai kita terikut-ikut dengan budaya yang negatif.
Masih banyak dalam kalangan kita yang sekadar datang ke sekolah tanpa matalamat hidup. Pada ketika itu, matalamat saya adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ternyata usaha saya berjaya kerana saya sedar hidup tanpa matalamat adalah hidup yang tidak dirancang. Selepas menamatkan persekolahan peringkat menengah saya berjaya melanjutkan pelaran ke universiti.
Hidup di universiti adalah sesuatu yang sememangnya banyak mengajar kita tentang kehidupan. Berjauhan dengan keluarga sememangnya tidak dapat dielakan. Sekiranya leka, kita akan hanyut walaupun sudah sampai ke peringkat ini.
Hidup di universiti kita akan belajar cara mengurus banyak perkara sama ada kewangan, pelajaran dan semuanya. Sekiranya tidak diurus dengan betul kita akan terkandas.
Matalamat juga tidak jauh bezanya dengan di sekolah menenah iaitu untuk mendapatkan keputusan yang baik, aktif dan menimba sebanyak mungkin pengelaman.
Apabila tamat zaman universiti, di sinilah bermulanya kehidupan sebenar kita. Universiti tidak menjajnjikan sebarang pekerjaan kepada kita itu yang selalu pensyarah katakan tetapi kita harus menggunakan segala pengelaman dan ilmu untuk survie.
Matalamat hidup kita juga menjadi semakin besar kerana kita perlu untuk mencari wang sendiri. Kalau tidak sampai bila kita bergantung kepada keluarga untuk menampung kewangan kita.
Apabila menjadi penganggur barulah akan teringat kembali pengurusan kewangan kita di zaman universiti. Apabila masuk duit PTPTN ada sahaja gadjet baru yang kita ingin beli. Sekarang kalau fikir balik, kalau lebihan duit tersebut disimpan apabila tamat pengajian tidaklah kita suntuk.
Oleh itu, semasa di universiti tetapkan matalamat untuk menabung. Beli apa yang patut sahaja. Kalau ada peluang pekerjaan semasa cuti semester jangan malu-malu untuk bekerja.
Antara matalamat hidup yang mungkin ada dalam diri kita selepas menamatkan pengajian adalah ingin memiliki rumah, kereta dan kerjaya sendiri. Kerjaya sendiri menjadi lebih menarik apabila kita bekerja sendiri.
Kita sedia maklum bahawa bekerja dibawah arahan orang adalah sesuatu yang bukan kita inginkan tetapi mahu tidak mahu kita harus bekerja. Kerja dengan kerajaan sudah semestinya satu keinginan kebanyakkan orang.
Namun bukan semua mereka yang menamatkan pengajian berjaya menjadi kakitangan kerajaan. Apabila bekerja dengan kerajaan bermakna kaki dan tangan kita sememangnya untuk kerajaan, nama pun kakitangan kerajaan kan.
Namun sesungguhnya itulah hidup tidak seperti dalam sesebuah filem. Kita kena berusaha mencapai matalamat kita sendiri.
Bukan semua orang boleh berjaya dengan mudah mencapai matalamat hidup namun jika kita ada usaha ke arah itu maka tidak mustahil untuk kita berjaya. Oleh itu kita hidup mesti ada matalamat kerana hidup tanpa matalamat umpama menembak tanpa sasaran.
