Macbook Pro Versus PC

Sebagai pengguna kedua-dua produk ini, kali ini saya ingin membuat perbandingan dari aspek kelebihan dan kekurangannya berdasarkan pengelaman saya. Setiap produk pasti ada kelebihan dan kekurangannya, cadangan saya kalau boleh kita gunakan kedua-duanya untuk keselesaan kita.

Walaupun nampak seperti membazir untuk memiliki kedua-duanya namun percayalah kalau sesuatu produk itu penting untuk kita maka tidak rugi untuk kita mendapatkannya. Macbook Pro boleh kita bawa ke mana-mana, manakala PC boleh dijadikan destop di rumah.

Kelebihan Macbook Pro

Kelebihan yang ada pada Macbook Pro adalah pada beterinya yang tahan lama iaitu mampu bertahan sehingga tujuh jam. Ini penting apabila kita berada jauh dengan tempat yang tidak ada plug.

Selain itu, Macbook Pro juga sesuai untuk mereka yang selalu melepak di luar sama ada tengok bola ataupun group discussion. Anda tidak perlu risau apabila online kerana baterinya sangat tahan lama.

Inilah kelebihannya berbanding menggunakan labtob jenama lain yang kebanyakannya cepat habis kuasa baterinya. Oleh itu bila menggunakan Macbook Pro diluar anda tidak perlu membawa charger kerana tempoh tujuh jam itu cukup lama.

Kita harus ingat bahawa bukan semua tempat kita melepak menyediakan plug. Kalau ada pun kadang-kadang dia akan charge berdasarkan masa kita gunakan plug.

Maka bila menggunakan Macbook Pro dapatlah kita save bajet sikit untuk order The O Ais Limau kan sementara tengok bola & online sebab bateri pada Macbook Pro boleh bertahan sampai tujuh jam. Takpe kita bagi peluang dekat kawan-kawan yang menggunakan labtop jenama lain guna plug. Nampak tak nilai murni kat situ hehe.

Kelebihan seterusnya adalah pada backlightnya. Macbook Pro memudahkan kita buat kerja di waktu malam kerana keyboardnya bercahaya. Bila roomate kita nak tidur kita boleh switch off lampu pun takpe sebab keyboard Macbook Pro didatangkan khas dengan cahaya. Nampak tak, ada lagi nilai murni kat sini, hormat menghormati hehe.

Kelebihan lain antaranya adalah tidak memerlukan antivirus, design yang lawa dan tidak lapuk, ringan, tidak crash, dock yang cool sebab tidak menutupi wallpaper dan trackpad yang sangat memudahkan.

Selain itu, iTunes yang sangat memudahkan MP3 disusun kerana file MP3 automatik masuk ke iTunes apabila didownload atau ditransfer. Maka kita tidak memerlukan banyak player macam winamp, window player classic dan sebagainya sebab iTunes adalah terbaik.

Kekurangan Macbook Pro

USB Port hanya ada dua sahaja. Oleh itu apabila dicucuk pendrive, cooler dan broadband maka lubang pada USB tersebut tidak muat. Namun masalah ini tidak berlaku sekiranya di rumah anda mempunyai wireless kerana hanya perlu menggunakan cooler sahaja kalau ada wireless.

Tidak banyak game. Ini adalah sebab utama mengapa kita harus memiliki PC. Kita akan lihat bagaimana PC cover kelemahan yang ada pada Macbook.

Kelebihan PC

Kos lebih murah berbanding dengan Macbook Pro. Bayangkan dengan kos RM2000 anda sudah boleh mendapatkan spec yang boleh menandingi atau jauh lebih bagus dari Macbook Pro.

Senang upgrade. Ini adalah perkara yang paling saya suka kat PC kerana kita bebas menambah graphic card untuk support dual GPU card dan menambah RAM. Perkara ini kita tidak boleh buat kat Macbook Pro kecuali pasang RAM sahaja itupun kena minta kedai buat (saya kena charge RM15). Kalau kat PC memasang RAM adalah semudah bermain Angry Birds.

 USB Port yang banyak. Nampak tak bagaimana PC boleh cover kelemahan pada Macbook Pro. Dengan adanya PC kita tidak memerlukan USB Hub seperti di Macbook Pro kerana USB port di PC adalah banyak.

Game yang banyak. Ini adalah sebab utama kenapa saya beli PC kerana apabila sudah letih bekerja kita memerlukan sesuatu yang boleh membuatkan kita relax. Maka bermain game adalah salah satu daripada alternatif terbaik menghilangkan rasa letih.

Kekurangan PC

Tidak boleh di bawa keluar sebab berat. Nama pun destop kan, gila ke nak bawa PC lepak kat mamak.

Banyak Kabel. Bila banyak tali kabel maka keadaan bilik kita bertambah serabut, dahlah serabut balik kerja, kelas dan sebagainya maka bertambah serabut dibuatnya.

Kesimpulan

Untuk mendapatkan kedua-dua produk ini sediakanlah bajet dalam lingkungan RM6000, maka rasa lengkaplah hidup anda. Macbook Pro RM3699 + PC 2000++. Selepas ini kalau anda masuk mana-mana forum pun tak payah nak gaduh pasal Mac dan Window lagi sebab anda memiliki kedua-duanya yang saling melengkapi antara satu sama lain.


6 thoughts on “Macbook Pro Versus PC

  1. Boleh request something tak? Buat service subscribe via email untuk blog kamu ini – feedburner atau etc. Saya jarang blogwalking. Kan senang kalau ada apa-apa update di blog kamu ini, akan ada notifikasi yang dihantar kepada orang yang subscribe via email. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge