Selain keyboard yang menarik untuk gaming, Logitech juga mempunyai Gamepad untuk mereka yang berminat bermain game terutamanya mereka yang mementingkan peralatan permainan yang berkualiti supaya pembelian berbaloi.
Logitech Wireless Gamepad F710 adalah sebuah joystick yang menggunakan fungsi wireless sepenuhnya. Dengan harga RM169 anda boleh bermain game di PC seperti yang terdapat pada PS3.
Biasanya kalau bermain game kita kena ada dua joystick untuk dua orang main, oleh itu saya cadangkan anda beli dua set baru best. Boleh main dengan kawan-kawan time kita ada masa.
Untuk memastikan anda boleh bermain semua jenis permainan sila pastikan anda download dahulu software untuknya. Kalau sudah install software yang diberikan anda boleh bermain game di PC tanpa sebarang masalah.
Fungsi vibration pada joystick ini membolehkan kita merasa gegaran sebenar seperti yang terdapat pada game. Memang menyeronokkan terutamanya ketika bermain game Pro Evolution Soccer, Fifa dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun jangan bermain game sampai lupa nak buat kerja, kalau rasa mengantuk boleh la buka game untuk hilangkan rasa mengantuk. Kalau anda jenis yang mementingkan kualiti, joystick ini adalah pembelian yang berbaloi.
Kalau anda ada masalah dalam menggunakan joystick ini jangan lupa tinggalkan komen anda di sini. Saya akan cuba membantu anda menyelesaikannya.

nasib baik laptap saya tak de grafik card. kalau tak mahu je saya sambar joystick ni. Buat main FIFA mesti layan.. heheheh
Beli PC sebab labtop tak sesuai untuk main game
hi..do u know how to use / connect this..for playing fifa 2012..just buy yesterday..but can’t using with fifa 2012..can u help me..tq
1st go to Logitech website and download Logitech Gaming Software for Logitech Wiress Gamepad F710 & Install.