Kenapa SSM Tidak Mendaftarkan Perniagaan dari Sabah dan Sarawak?

Hasrat hendak mendaftarkan perniagaan sendiri terbantut apabila mengetahui bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mendaftarkan perniagaan dari Sabah dan Sarawak. Apabila mengetahui hal ini saya memang betul kecewa sebab hasrat untuk mendaftarkan perniagaan sendiri sudah lama dalam perancangan saya.

Setelah membuat kajian sendiri termasuk mendapatkan info dari laman web rasmi SSM ternyata masyarakat Sabah dan Sarawak tidak boleh mendaftrakan perniagaan sendiri. Daripada maklumat dalam laman web SSM, Sabah dan Sarawak tidak termaktub dalam Undang-undang SSM.

Rasanya bukan saya sahaja yang kecewa bila SSM mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada mendaftarkan perniagaan sendiri, mereka yang mempunyai hasrat tersebut pasti kecewa. Alasan yang diberikan SSM adalah masyarakat di Sabah dan Sarawak yang ingin mendaftarkan perniagaan perlu mempunyai permis sendiri. Kenapa di semenanjung pula boleh?

Berbeza dengan masyarakat semenanjung yang boleh mendaftarkan perniagaan mereka di SSM menggunakan borang A1 dan FI menggunakan nama sendiri dengan kos RM30 setahun & RM60 untuk nama tred.

Bila memikirkan kita duduk di Malaysia, pengecualian Sabah dan Sarawak oleh SSM adalah sesuatu yang saya lihat tidak adil. Walaupun SSM mempunyai alasan mereka yang tersendiri dalam hal itu namun mereka perlu lihat balik pengecualian itu.

Dengan situasi yang sukar mendapatkan pekerjaan sekarang kenapa SSM perlu menyekat hak yang sepatutnya dinikmati sama rata oleh rakyat Malaysia.Sekurang-kurangnya apabila SSM membenarkan masyarakat di Sabah dan Sarawak mendaftarkan perniagaan sendiri mereka dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

Dalam pada itu, ini juga dapat mengurangkan masalah pengangguran yang saban tahun kita dengar. Kenapa SSM bertindak menafikan hak yang sepatutnya dinikmati bersama. Kita duduk di Malaysia, kalau Sabah dan Sarawak bukan Malaysia saya pasti tidak ada point untuk menyuarakan pendapat.

Kenapa hanya  Sabah dan Sarawak yang memerlukan permis untuk mendaftarkan perniagaan. Kena ingat juga bukan semua orang dapat memiliki permis sendiri kerana kurang kemampuan.

Apabila timbul isu graduan menganggur banyak pihak yang cuba menyalahkan graduan kerana dikatakan memilih pekerjaan. Sebenarnya dari dulu hingga sekarang masih belum ada alasan yang kukuh yang meyakinkan saya.

Kalau kerajaan betul-betul mahu menolong rakyat tidak perlu sebenarnya nak berikan subsidi setiap tahun sebaliknya buka jalan untuk rakyat. Apabila SSM mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada mendaftarkan perniagaan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kadar pengangguran.

Bila SSM mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada mendaftarkan perniagaan maka kemahiran yang ada pada masyarakatnya terbiar begitu sahaja. Sebagai contoh, perniagaan eBook sepatutnya didaftarkan di SSM tetapi di Sarawak tidak boleh, jadi mahu salahkan siapa kalau kita tetap menjualnya.

Sepatutnya SSM tidak mengecualikan Sabah dan Sarawak kerana kita sama-sama cari makan. Nanti kalau tak didaftarkan perniagaan internet hendak salahkan kita pula. Walaubagaimanapun saya berharap terdapat cara lain untuk mendaftarkan perniagaan di Sabah dan Sarawak.

Saya mungkin akan ke LHDN dalam sedikit masa lagi untuk bertanya dengan lebih lanjut kerana ada ura-ura yang mengatakan perniagaan sendiri boleh didaftarkan di LHDN. Sejauhmanakah kebenarannya sama-sama kita tunggu.

Apa kelebihan apabila kita sudah mendaftarkan perniaggan? Kelebihannya kita boleh membuat akaun semasa menggunakan nama syarikat yang kita daftarkan.

Maka kita boleh nampak hasil perniagaan internet daripada akaun semasa yang kita perolehi dan kita berasa selamat sebab berdaftar. Ini juga akan memudahkan bila kita hendak membeli sesuatu yang memerlukan payslip. Oleh itu saya sangat berharap pendaftaran perniagaan boleh dilakukan di LHDN.


48 thoughts on “Kenapa SSM Tidak Mendaftarkan Perniagaan dari Sabah dan Sarawak?

  1. Thanks for info. Inilah 1 Malaysia he..he..harap pihak kerajaan terutama pihak SSM dpt meneliti kembali syarat ini. Semoga lebih byk lagi rakyat sarawak menceburkan diri dlm bidang perniagaan intenet ni.

  2. Saya pun agak terkilan mengenai isu ini.. bayangkan di Semenanjung internet marketer boleh menggunakan alamat rumah utk perniagaan tanpa perlu menyewa premis ( RM800-RM3000 ) sebulan.. tetapi di Sarawak kita perlu menyewa premis.. sedangkan kita berniaga kecil-kecilan ( baru bermula )..a

    Makna situasi ini adalah :

    Perniagaan internet ( ebook , website dan lain-lain ) adalah PEMILIK / Vendor kesemuanya dari Semenanjung… sebab mereka senang nak bermula ( kos rendah )… jadi Sarawak + Sabah cuma boleh menjadi agent / affialiate mereka untuk sesuatu produk.. tidak boleh jadi TAUKE sendiri.. sekarang PM Najib Bin Abdul Razak ada mengumumkan harga promosi untuk mdndaftarkan PERNIAGAAN internet dengan harga RM50.. kita hanya melihat sahaja….. so saya tukar slogan… 1 Malaysia = 1 Sarawak + 1 Sabah = 1 Negara.. ok juga ni..

    Any idea ? sharing pls.. : P

    • Kalau betul promosi yang saudara sebutkan itu memang satu berita baik untuk internet marketer kat sarawak+sabah. Macam tak adil la SSM buat macamtu sebab kubu kuat kerajaan kalau pilihanraya adalah sarawak+sabah

  3. Sya pernah call SSM berkenaan pendaftaran syarikat di Sarawak. Mereka hanya mendaftarkan syarikat Sdn. Bhd. dan Bhd. untuk perniagaan di Sarawak. Itu hanya setelah kita mendaftar perniagaan di LHDN (mendaftarkan perniaggan dan mendaftarkan syarikat adalah 2 proses yang berbeza). Maksudnya, kena daftar perniagaan dahulu lepas tu baru daftar syarikat (optional).

    1. Buat apa mau daftar Sdn. Bhd.- perlu komitmen tambahan seperti audit kewangan, jadi kos meningkat juga. Oleh yang demikian, daftar ‘enterprise’ sudah mencukupi untuk perniagaan internet.

    2. Premis – Ni aku pernah 3 kali cuba register perniagaan di LHDN Kuching. First mmg tidak berjaya sbb mcm koboi ja register n staf LHDN xtau apa itu ‘perniagaan dalam talian’. 2nd time, xda premis perniagaan (mesti alamat lot kedai). 3rd time, guna premis rakan (ni pun sakit sbb kita diminta sediakan surat kebenaran menggunakan/sewa premis, perlu bil utiliti yang membuktikan bahawa kita yang menjalankan perniagaan di premis berkenaan). Pas 2, x register lagi..sampai sekarang

    3. Skrg ni ikut style kawan2 cina, buat bisnes dulu. lepas ada bnyk untung untuk cover setup bisnes btul2, baru la register kemudian. Betul juga ni sbb buat apa kita mo kuar duit, sedangkan sendiri belum dapat apa2. So, bila time payment atau apa2 yang melibatkan duit, pandai2 la cover untuk elakkan isu legality.

    P/S..
    i) jangan guna term ‘online business’ atau ‘affiliate marketing’. yang ni xda dalam kategori sistem pendaftaran perniagaan mereka. Cari yang lebih general (perkhidmatan pemasaran/jualan buku)
    ii) Kan selalu kita pergi kedai repair kereta..biasanya perniagaan tu diregister untuk perkhidmatan baiki radiator atau aircond..sbb ni xda komplikasi legal yang akan ditanya masa registration 2…LHDN ni stail Little Napolean pasal bab2 registration.

    • Terima Kasih dah berkongsi maklumat yang banyak membantu. Saya suka dengan style kawan2 cina yang awak cakap. Ada bagusnya juga kita buat bisnes dulu sementara menunggu modal cukup cuma kena pandai coverla kan.

      Walaubagaimanapun saya berharap SSM lebih adil dalam hal ini sebab kita ni kan satu Malaysia. Kalau betul 1Malaysia mesti adil kan

    • memang tidak adil untuk rakyat sabah dan sarawak SSM tidak boleh mendaftarkan perniagaan sedangkan kita kononnya 1Malaysia. Kalau di Semenanjung untuk mendaftar perniagaan begitu mudah sekali, semuanya dihujung jari sahaja. Tidak perlu pun ada ‘wujud’ premis sebab bisnespun boleh dibuat di rumah atau di man2 pun tanpa perlu menyewa premis/kedai. Bilalah 1Malaysia tu betul2 adil dan saksama??

  4. Boss,saya orang sarawak tapi belajar di semenanjung. adakah dibenarkan utk saya buka kompeni enterprise kat semenanjung? adakah valid kalau guna alamat hostel saja?
    trima kasih

      • Saya org Sarawak tp duduk kt Semenanjung dh beberapa tahun. Saya sudah register perniagaan sy di SSM sbb sy membuat perniagaan craft secara online sejak 2 tahun lalu di KL. Mmg jika di Semenanjung wajib register SSM apa2 perniagaan termasuk la jual gula2 kt online. Setakat nih mmg sy mengguna alamat rumah saya tp if alamat hostel saya tk pasti. Maybe Aiku bole cuba contact SSM terdekat.

  5. la camtu pulak dah… aku baru je plan nak daftar perniagaan, x adilnya la aiiii…

    p/s: aku org semenanjung yg dok merantau kat kuching..

    kena meniaga style membe2 cina la bro…

      • mcm Advanced Agriculture tulis kat atas tu,

        Skrg ni ikut style kawan2 cina, buat bisnes dulu. lepas ada bnyk untung untuk cover setup bisnes btul2, baru la register kemudian. Betul juga ni sbb buat apa kita mo kuar duit, sedangkan sendiri belum dapat apa2. So, bila time payment atau apa2 yang melibatkan duit, pandai2 la cover untuk elakkan isu legality.

  6. aku pun tgh dlm proses mendaftar perniagaan. bagi aku, SSM memang x boleh register perniagaan dari Sabah & Sarawak. Sebabnya 20 perkara dalam pembentukan Malaysia. Eksklusiviti tertakluk kepada Kerajaan Sarawak…termasuk tanah…imigresen…adat….dll. Namun, Kerajaan Sarawak perlulah membuat beberapa pindaan terhadap undang2 pendaftaran perniagaan agar Sarawak mesra perniagaan…Beberapa elemen perlu dipinda…seperti perniagaan online tidak menjadi compulsory untuk memiliki premis sewa/kedai….rumah sudah mencukupi…aku setakat ni dah 3 tahun tertangguh mendaftar perniagaan…tapi biz jalan gak…hehehe

    • Pendapat yang bernas dan sepatutnya diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan sarawak, bukan hanya berkempen ke sana kemari janji ditepati tetapi beberapa hak dinafikan. Biz kena jalan sebab camner nak cari makan kalau tak jalan kan hehe

  7. Rasanya kelian semua keliru tentang isu mendaftar perniagaan. Se tahu saya tiada halangan untuk mendaftar perniagaan di mana jua pun.
    SSM tidak ada bidang kuasa untuk mendaftarkan perniagaan jika ianya di Sabah atau Sarawak. Puncanya adalah negeri Sabah dan Sarawak punca autonomi sendiri berkaitan pendaftaran perniagaan. SSM tidak di benar campur tangan kerana kedua-dua kerajaan Negeri mahu terus kekal menguruskannya pendaftaran melalui Pejabat Daerah atau Majlis Daerah masing-masing.
    Oleh itu rakyat Sabah dan Sarawak boleh mendaftar terus di daerah masing-masing. Ini bertujuan menghalang orang luar dari mendaftar perniagaan tanpa kawalan di negeri tersebut. Ini peraturan oleh kerajaan sabah dan Sarawak sendiri.
    Bagaimanapun, halangan ini tidak di kenakan jika anak Sabah atau Sarawak hendak mendaftar perniagaan dan berniaga di Semenanjung. Anda bebas berbuat demikian.
    Orang Sabah dan Sarawak beruntung kerana boleh mendaftar di negeri masing-masing dan di Semenajung serta Labuan, tetapi orang dari Semenanjung tidak mudah mendaftar di Sabah atau Sarawak.
    Untuk internet business daftar sahaja di mana-mana kerana tiada batas sempadan di alam maya. Aku mimpikan Malaysia yang tiada batas sempadan, tiada halangan agama tiada racist, tiada sekatan, tiada cukai melampau, tiada politician yang tamak. tiada discriminasi. Yang ada cuma persahabatan. Good Day bro..

    • Rasanya saudara yang keliru. Cuba masuk website rasmi SSM perniagaan internet tidak boleh didaftarkan untuk orang sarawak, itu termaktub dalam perlembagaan. Kalau perniagaan beralamat memang tidak ada masalah untuk didaftarkan tetapi perniagaan internet tidak boleh didaftarkan kalau di Sabah dan Sarawak. Memang mengecewakan sebab kerajaan sudahlah tidak mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Mereka suruh jangan memilih pekerjaan, Now kita nak berdikari dengan perniagaan internet tetapi tidak dibenarkan pula di sini. Pilihanraya dah dekat inilah masanya kita sedarkan mereka

  8. isu ini membawa saya ke sini.
    kenapa kita sebagai org sabah yg ingin memulakan perniagaan secara online tidak boleh mendaftar di SSM.malah saya diberitahu kita hanya boleh mendaftarkan perniagaan di pejabat daerah tempat masing-masing.
    Kita ne baru mahu berjinak-jinak dalam perniagaan internet.Payah gak kalau perniagaan tidak didaftarkan,nanti jadi pelbagai masalah akan datang.urm.

  9. Siang tadi, saya ada bertanyakan member tentang daftar perniagaan ni. Dia ckp kat SSM je. Pastu xplu la prems bagai. Guna alamat rumah pun boleh. Tp, why kat Sarawak xblh daftar kat SSM plk ni. Lps tu,kene ada premis semua tu. Aduhh…baru nk bertapak, manalah mampu nk bukak premis. Logik la sikit….patut la kawan2 di semenanjung yg sama2 belajar di IPTA dulu senang2 je dah daftar business diaorg. Sng2 je nk market kat tenet…ada sesiapa tak yang boleh membantu saya di dalam masalah ini? Nang x maju la anak2 Sarawak mun mcm tok….

    • itulah masalah yang berlaku kat Sarawak sekarang, nama je satu Malaysia tapi fikir dan nilai sendirila 1Malaysia kalau SSM sendiri tidak boleh mendaftarkan perniagaan internet kat sabah dan sarawak. Kalau betu1 1 Malaysia apa salahnya berlaku adil

  10. larangan pendaftaran perniagaan di Sarawak dan Sabah telah menyebabkan ramai anak sarawak dan sabah tidak dapat menjalankan perniagaan mereka…. undang-undang penyekatan ini amat memilukan hati…..1 Malaysia = 2 Pelaksanaan….. pemimpin sarawak dan sabah perlu prihatin terhadap penyekatan seumpama…… Siapa boleh ubah?????

    • Kita mampu mengubahnya kalau bersatu sebab sekarang majoriti yang menguatkan BN adalah sabaha sarawak, sekaranglah masa untuk kita beralih angin. Semoga pak menterii kat sarawak tak duduk diam saja dalam hal ini, taulah korang dah hidup senang lenang, jangan lupa mereka yang susah.

    • ni kali lah…1Malaysia kasi = kasi adil betul2. Wahai pemimpin2 yang bakal2 jadi YB dalam PRU13, buatlah sesuatu untuk merubah nasib penduduk sabah dan sarawak.

  11. Isu ini membawa saya ke web ini… Hari tu pun (beberapa bulan lalu) saya pergi pejabat SSM Kota Kinabalu di bangunan MAA mau daftar perniagaan online…. dorang sakap bagi sabah SSM tidak mendaftarkan perniagaan selain sdn bhd/bhd sahaja…. jika nak daftar selain itu kena daftar kat pejabat daerah masing2… Saya sakap, saya nda ada premis sebab mau buat biz online di rumah saja, apakah SSM tidak akan ambil tingdakan undang2 jika saya buat juga…. dorang sakap, SSM nda ada kuasa dan tidak akan ambil tindakan jika buat biz serupa itu (biz online) di rumah……

    Persoalannya sekarang, apa penalti atau tindakan oleh kerajaan sabah & sarawak yang dikenakan jika kita buat perniagaan biz online dari rumah, apakah ada peruntukan undang2 yang melarang kita membuat perniagaan online dari rumah/kediaman ? Tolong share siapa tahu….

    • Walaupun macam tidak adil tetapi kita kena terima juga sebab sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa Sabah & Sarawak tidak dibenarkan mendaftarkan perniagaan online di SSM.

      Mungkin boleh mencuba daftar dengan mereka yang menawarkan perkhidmatan mendaftarkan perniagaan yang menggunakan alamat di semenanjung. Saya selalu juga mendengar, kena pandai guna jalan macamni kalau nak berjaya daftar.

  12. Cuma ingin berkongsi

    jika ingin daftar perniagaan just daftar secara online dan guna alamat di semenanjung dan jangan guna alamat di sabah atau sarawak. memang takkan lulus kalau guna alamat sabah atau serawak.
    saya pun tak paham mengapa.so cari satu alamat di semenanjung dan daftar perniagaan guna alamat tu.

    isu selesai jika saudara just ingin mendaftar syarikat untuk buat akaun di bank.

    boleh layari http://www.malaysia.gov.my atau kalau nak saya tolong boleh emailkan ke saya atau hubungi saya. memang kerja saya tolong orang daftar perniagaan dan cas perkhidmatan saya rasanya takde la mahal sangat. boleh la tahan.

    so harap saya dapat membantu

  13. Lor….aku baru nak gi daftar biz online..rupanya tak boleh lak nak daftar…kena daftar kat lhdn kuching plak…adehhh…tak berdaftar la biz aku ni

  14. Tumpang tanya sekalin, klu nak daftar perniagaan di SSM semenanjung tapi bisnes dilakukan di Sarawak boleh tak? bukan bisnes online… seperti syarikat enterprise… Sorry tanya…

  15. Salam buat rakyat 3S.

    Pertama sekali saya memohon keizinan tuan rumah untuk tumpang sekaki untuk ikut serta dalam penghakiman Kedai kopi terhadap SSM. Sebelum itu saya memohon ampun kepada ALLAH dan rakyat 3S serta tuan rumah akibat penulisan ini yang semestinya akan ada yang terasa pedasnya walaupun tak makan cili.

    Ingin di jelaskan siapakah rakyat 3S, Pasti ramai yang tahu tapi bagi menyenangkan pembaca yang kurang pick-up macam saya, 3S bermakna Semenanjung, Sabah dan Sarawak. MALAYSIA, negara kebangggaan kita ini adalah terdiri dari penggabungan 3S, kecuali kini terdapat pecahan lagi untuk wilayah (bukan penambahan kawasan).

    Kepada rakyat 3S sekelian, marilah kita mengkaji 3S ini di bentuk. Berbekal kemudahan yang ada pada masa kini (tidak di huraikan di sini ), sudah pasti ianya senang di perolehi. Bayangkan saja salasilah kesultanan SULU yang tiada kaitan dgn sebilang rakyat 3S boleh di ketahui dengan sekejap apabila timbul sesuatu isi sehingga 3S kelian mungkin tahu KIRAM (Kiram I ) sebagai sultan pertama itu berasal dari JOHOR. Sepatutnya kita juga tahu sejarah bagaimana 3S dulu telah terbentuk Malaysia yang kita banggakan ini.
    Secara ringkas, semasa pembentukan
    “nanti saya sambung semula”

  16. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah governing act untuk perniagaan. Akan tetapi, akta ini hanya tergunapakai di semenanjung malaysia sahaja… saya berpendapat bahawa ini adalah kerana akta ini berkuatkuasa sebelum merdeka, sebelum Sabah & Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia, dan yang paling utama, akta ini tidak pernah dipinda sejak 1956 (kalau tak silap saya).

  17. sorry menyelit sekejap…xtau pula d Sabah & Sarawak xboleh daftar d SSM.
    tp macam mana nak daftar kalau untuk daftar website .com.my berbayar mewajibkan untuk daftar dgn SSM. Saya hanya berniaga kecil iaitu enterprise. Bukannya sdn. bhd/bhd. Bolehkah saya menggunakan alamat d semenanjung sedangkan saya mendaftar di SSM Sabah?

    terima kasih.

  18. Saya syorkan jika tidak dapat daftar di SSM kerana alamat sabah atau sarawak, maka gunakan alamat di semenanjung.

    Nak dapat alamat di semenanjung, gunakan virtual office. Kos dalam RM300 / year sahaja.

    Hope this helps

  19. Saya ingin ulangi pertanyaan Adam.. Tidak boleh buka syarikat enterprise menggunakan alamt sabah, tapi Boleh kah daftar di SSM semenanjung guna alamat sana tapi melakukan perniagaan non online (syarikat enterprise) di Sabah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge