Hidup dalam dunia yang semakin moden sekarang sememangnya memerlukan kewangan yang kukuh. Dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih kita kadangkala lalai dengannya.
Apabila keluar sahaja gadjet baru kita akan selalu ingin menjadi orang pertama mendapatkannya. Namun adakah kita sudah merancang dahulu sebelum membelinya kerana gadjet yang canggih harganya sememangnya mahal.
Di sini pentingnya perancangan kewangan. Jangan terikut-ikut dengan trend semasa semata-mata ingin mengejar teknologi.
Pada saya gadjet yang canggih sememangnya perlu memandangkan banyak kerja yang dilakukan menggunakannya. Oleh itu, pastikan kita rancang dahulu kewangan kita sebelum membelinya.
Kalau kita student lagi saya rasa tidak perlu membeli gadjet yang melebihi harga 1K ke atas kerana kita sudah ada labtop atau PC. Tetapi kalau kita sudah ada kerjaya tidak salah namun perlu dirancang supaya kewangan kita stabil.
Tidak dinafikan bahawa banyak student yang rambang mata apabila keluar duit PTPTN terus berkira-kira untuk membeli gadjet baru. Kalau boleh tahan dulu niat nak beli sebab kita memerlukan duit untuk perbelanjaan harian.
Percayalah bahawa sekiranya anda tidak merancang kewangan anda semasa zaman universiti apabila anda sudah menamatkan pengajian anda akan rasa menyesal kerana duit anda dihabiskan untuk membeli gadjet dan benda yang tidak berfaedah.
Ada baiknya kalau duit yang anda gunakan untuk membeli gadget digunakan untuk membeli hosting dan domain sendiri. Sekurang-kurangnya apabila anda sudah grad nanti anda boleh menjana pendapatan daripada blog anda.
Bukan semua mereka yang grad dijanjikan pekerjaan oleh kerajaan. Oleh itu kita perlu merancang kewangan kita dari awal lagi supaya selepas grad kita tidak mengalami krisis kewangan yang teruk kerana bukan selamanya kita disara oleh keluarga.
Sebagai permulaan simpan semampu yang boleh atau gunakan duit yang ada ke arah yang lebih berfaedah. Kalau anda bermula dari awal anda dapat merancang kewangan anda.
Bagi yang sudah bekerjaya pula, tanggungjawab semakin besar kerana duit dari gaji yang kita dapat selalunya digunakan untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan harian, kereta dan banyak lagi. Kita juga kena bank in untuk keluarga setiap bulan.
Oleh itu kalau gaji kita dalam lingkungkan 3K kita perlu merancang dengan sebaik mungkin kewangan kita. Boleh je sebenarnya nak beli gadjet canggih tetapi kalau boleh beli secara berpakej atau simpan dulu sedikit demi sedikit.
Apabila dah cukup boleh beli. Teknik ini bagi mereka yang tidak mahu terikat dengan kontrak yang ditawarkan secara berpakej.
Apa yang penting sekarang adalah teruskan menyimpan setiap bulan. Pastikan kita menyimpan dahulu baru berbelanja, kalau tidak nafsu berbelanja kita kuat bila nampak duit banyak.

Belanja dengan berhemah, nanti kalau dah lari bajet, diri sendiri yang susah kan?
Besok raya, saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap saya selama ini.
Shasha Mohamed recently posted..Kad Raya Pertama Dari Irfan Khairi 1433H/2012
Ya betul. Selamat Hari Raya