
FIFA 13 salah satu jenis permainan yang popular di PS3, Xbox dan PC kini dilancarkan untuk pengguna iOS iaitu iPhone dan iPad. Apps ini ditawarkan oleh EA Sports dengan harga $6.99 di Apple Store.
Walaubagaimanapun sebagai alternatif kepada pengguna iOS yang sudah melakukan jailbreak mereka boleh memuat turun game ini dari installous 5 secara percuma. Satu kelebihan yang menarik untuk pengguna yang telah melakukan jailbreak di iPhone dan iPad.

Menggunakan Lionel Messi sebagai cover, FIFA 13 untuk iOS bersaiz 1.36 GB memakan masa yang agak lama untuk download kerana saiz file yang agak besar. Saya sendiri telah bermula mendownload pukul 7 pagi dan siap pukul 5 petang. Kalau taknak tunggu lama, sila download sebelum anda tidur, esok pagi dah siap. Namun mungkin bergantung kepada speed internet kita juga.
Setelah mencuba sendiri ternyata game ini sangat mudah untuk dimainkan iaitu seperti bermain menggunakan joystick. Berikut adalah percubaan saya menggunakannya. Saya menggunakan team Wigan v Manchester United hehe.

Adakah anda sudah download game ini di iPhone atau iPad anda. Sila kongsikan pendapat anda.




perghh, 1gb. tunggu balik rumah baru download la macam ni. iwifi kt u ni lembab gila siot..
Aku download guna wifi pun slow juga hehe