Di Mana Anak-anak Bila Ibu Bapa Sakit?

Semasa kecil kita dijaga oleh ibu bapa dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Namun apabila sudah bekerja dan berkeluarga sendiri ibu bapa sendiri dilupakan begitu sahaja.

Lebih menyedihkan lagi apabila seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami terpaksa datang sendiri ke hospital tanpa ditemani anak-anak. Kita harus ingat bahawa tanpa ibu bapa siapalah kita hari ini. Oleh itu selagi ada kesempatan kita wajib sebenarnya menemani mereka di hospital.

Alasan yang diberikan adalah cukup mudah iaitu tidak ada masa kerana bekerja. Sebaliknya tugas menghantar ibu bapa diberikan kepada saudara mara. Nasib baik ada saudara mara yang baik hati, kalau tidak mungkin ibu bapa yang telah uzur dibiarkan begitu sahaja. Kita kena ingat, bukan kita sahaja yang tidak ada masa sebaliknya orang lain pun begitu, namun kerana ada nilai kemanusiaan orang lain sanggup, kenapa kita sebagai anak tidak mampu berbuat demikian.

Kesal dengan tindakan anak-anak membiarkan ibu bapa yang sudah uzur datang sendiri ke hospital. Bukan semua ibu bapa faham dengan peraturan yang ada di hospital, begitu juga dengan bahasa.

Suatu hari nanti kita juga akan tua seperti mereka. Hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas dan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan berada di bawah. Jangan sampai kita kena hukum karma. Ibu bapa adalah orang banyak berjasa kepada kita, ibu bapa juga jambatan ke syurga. Sayang kalau kita hanya lantang bercakap pasal agama ke sana kemari tetapi ibu bapa sendiri pun tidak boleh kita uruskan. Sekian.


16 thoughts on “Di Mana Anak-anak Bila Ibu Bapa Sakit?

  1. masa ada kekadang tak hirau sangat, nanti dah tak ada baru tahu kesannya, dah tak ada dah orang nak doakan kita…akak dah tak ada keduanya tapi bersyukur sempat menjaga emak ketika sakit…

  2. Teringat bila mama saya cakap baru-baru ni “zaman sekarang sampai tua pun parents kene tanggung anak, tak macam zaman dulu anak tanggung mak bapak”.

    Ada betul apa yang mama cakap, tengokla sekarang, gaji sampai RM3000 tapi belum tentu bagi ibubapa duit tiap-tiap bulan, diorang dulu gaji RM600 masih bagi dekat ibubapa, masih cukup nak bayar sewa dan bagi makan dan beli pakaian.

    Memangla inflasi tapi itu contoh dimana kita jangan berdalih bagi alasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge