Cinta Sampai Terbakar

Sememangnya ramai yang dah tahu berita tentang gadis belasan tahun bernama Nurul Firzanah yang disimbah dengan petrol dan dibakar oleh teman lelakinya. Sungguh dahsyat cinta anak muda sekarang sampai membakar kekasih sendiri.

Dalam hal ini mungkin ramai yang menyalahkan lelaki tersebut. Dalam hal ini kita tidak boleh nak blame sebelah pihak sahaja. Sepatutnya perempuan perlu lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Daripada maklumat yang saya baca dikatakan bahawa teman lelaki tersebut seorang yang panas baran. Rasanya gadis tersebut sudah sedia maklum tentang perangai teman lelakinya kenapa tidak bertindak meninggalkannya sahaja.

Di sinilah kita dapat melihat pernan ibu bapa, sepatutnya ibu bapa perlu lebih peka tentang keluar masuk anak-anak. Jangan sampai sudah sampai ke tahap ini baru rasa menyesal, jadi kepada ibu bapa di luar sana ambil iktibar daripada kejadian ini.


6 thoughts on “Cinta Sampai Terbakar

  1. Nak salah kan lelaki tu jugak , tak kira lelaki atau perempuan , sebagai manusia kita patut dapat berfikir dengan tenang , kembali kepada Allah , bukan bertindak memlulu mengikut nafsu amarah yang terang2 mendapat sokongan dari syaitan , dia bakar budak perempuan tu syaitan tepuk tangan suka ..

    marah je bakar , marah je bakar , susah hidup macam ni ..

    • Lelaki tu memang salah kak, sebagai langkah berjaga-jaga lepasni semoga remaja perempuan lebih waspada dengan lelaki. Jangan menurut semua kehendak walaupun dah cinta sepenuh hati. Kalau boleh elakan bercinta dengan lelaki yang panas baran macam kes tersebut

  2. sebenarnya, keluarga perempuan tu pun pelik, kenapa dia bagi keluar bersahur dengan laki tu sampai 3 4 pagi.. hmm kalau laki tu tak salah, dia kena serah diri ke polis, baru betul.. ni tak,… nampak sangat Dani Tiger LOL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge