Cara Melakukan Cheat Dalam Game Alien Shooter The Experiment

Bermain game Alien Shooter The Experiment sememangnya pengelaman yang menyeronokkan namun campaign yang terdapat dalam game tersebut sememangnya agak susah untuk diselesaikan. Selain memerlukan strategi yang rapi anda juga perlu melalui banyak kekalahan sebelum berjaya menyelesaikan campaign yang ditetapkan.

Selepas melalui banyak kegagalan baru anda sedikit demi sedikit mengetahui rahsia bagaimana untuk menewaskan ribuan alien tersebut. Kesukaran untuk mengalahkan alien tersebut kerana kita tidak memilik wang yang mencukupi untuk membeli senjata yang canggih.

Wang yang disediakan hanya 20$ dan jumlah ini tidak cukup untuk membeli senjata yang canggih. Walaubagaimanapun kali ini saya ingin berkongsi cheat code untuk mendapatkan money atau wang yang banyak dalam permainan tersebut.

Berikut adalah gambar pertama kali saya bermain. Perhatikan Scores saya 0 dan wang saya cuma 20$.

Namun selepas mengubah code yang terdapat dalam file game ini, perhatikan wang yang saya dapat. Dengan wang tersebut saya boleh membeli kesemua senjata dan keistimewaan yang ada dalam game tersebut tetapi malangnya wang ini tidak dapat digunakan untuk membeli iPhone 5 hehe.

Daripada 20$ sahaja kini jumlah wang saya telah bertambah kepada 200120$. Jumlah wang yang sangat banyak ini membolehkan saya membeli kesemua senjata yang ada. Untuk mendapatkan wang yang banyak ini anda perlu menamatkan satu campaign terlebih dahulu.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Wang Yang Banyak? 

Pertama sekali sila download file INI. Selepas download file tersebut, extract dan copy file tersebut dan paste di :\Program Files\Alien Shooter\Maps. File yang anda copy tersebut adalah ITEMS.LGC merupakan code program yang dibuat dari bahasa C++.

Cari kata “MONEY”, caranya tekan butang kombinasi pada keyboard anda _ CTRL dan F.

F241_0(int unit)

{

if( SizeTo(Flagman(0),GetX(unit),GetY(unit)) <>

{

if( StateBar )

MessageText(GetString(“items”,”Item”+itoa(GetUnitVid(unit))),-1,-1);

PlayerMoney += 50;

Action(unit,ANI_DEATH2,0,0);

}

}

Cuba lihat PlayerMoney += 50 . Ini bermakna anda hanya ada 50 US$ wang yang anda akan dapat semasa menamatkan setiap campaign,

Kemudian kita ubah menjadi PlayerMoney += 100000 dan save. Jalankan permainan dan lihat. Anda akan terkejut melihat wang anda bertambah dengan banyak sekali, jangan terkejut sampai pengsan sudahlah.

Selepas itu tingkatkan kekebalan kita. cari kata “F242_0(int unit)”

F242_0(int unit)

{

if( SizeTo(Flagman(0),GetX(unit),GetY(unit)) <>

if( PlayerItem[720-720] <>

{

if( StateBar )

MessageText(GetString(“items”,”Item”+itoa(GetUnitVid(unit))),-1,-1);

PlayerItem[720-720]++;

PlayerMaxHp = (PlayerMaxHp*1263)/1000;

if( GetVidData(9,VID_MAXHP0) <>

SetVidData(9,VID_MAXHP0,PlayerMaxHp);

Action(unit,ANI_DEATH2);

}

}

Perhatikan code diatas, ubah PlayerMaxHp = (PlayerMaxHp*1263)/1000 menjadi PlayerMaxHp = (PlayerMaxHp*2526)/1000. Save dan restart permainan.

Itu sahaja cheat untuk bermain game alien shooter kali ini. Semoga berjaya menewaskan alien, jangan sampai kena makan dengan alien dah la hehe.

Saya sudah menamatkan kesemua campaign dan sekarang saya tengah main game Alien Shooter 2 yang lebih advance tetapi saya belum melakukan cheat kerana mahu menamatkan game dengan cara bersih.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge