
Awek yang jaga kaunter kali ini agak comel juga hehe
Menguruskan kewangan bukan sesuatu yang mudah terutamanya kepada yang baru bertapak dalam pekerjaan sama ada pekerja kerajaan, swasta mahupun mereka yang bekerja sendiri.
Namun hidup dalam negara yang semakin membangun ni memerlukan pengurusan kewangan yang betul. Kena fikir kedudukan kewangan kita pada masa 10 tahun akan datang.
Adakah pada masa itu kita telah memiliki simpanan yang mencukupi kerana mungkin pada waktu itu kita mungkin telah memiliki sebuah keluarga. Kalau bakal isteri memiliki pekerjaan mungkin boleh saling membantu tetapi kalau sebaliknya, kita sebagai ketua dalam keluarga perlu memiliki kedudukan kewangan yang kukuh at least 100K dalam masa 10 tahun akan datang.
Sekiranya dalam masa 10 tahun akan datang kita telah memiliki wang sebanyak itu mungkin kedudukan kewangan kita boleh dikatakan stabil tetapi kalau sebaliknya mungkin kita kena kerja lebih keras.
Bukan senang nak maintain kita punya simpanan kerana sekarang banyak sangat tarikan seperti lambakan gadjet yang mengiurkan. Nak bagi dengan ibubapa, adik beradik lagi (itu wajib).
Katakanlah pendapatan kita dalam lingkungan 3K mungkin banyak kalau kita rujuk konteks pada tahun 1990-an dulu tetapi kini jumlah itu adalah sangat cukup-cukup makan. Negara semakin maju, barang keperluan pun semakin mahal.
Oleh itu kena berjimat-cermatlah. Walaupun banyak cabaran dalam menyimpan dan menguruskan kewangan kita, cari alternatif seperti dapatkan side income contohnya dari blogger dan banyak lagi. Kena teruskan menyimpan setiap bulan.
makin lama nilai duit kita makin sikit. silap2 dalam tempoh lagi 10 tahun nila RM 100k tu pun boleh diketegorikan sebagai tak selamat lagi.
Takda benda yang selamat dalam dunia ni, tetapi selamat lagi daripada tak menyimpan langsung kan. Katakan 10 tahun akan datang langsung takda simpanan..selamat ke?