Brand DSLR Mana Paling Bagus?

Setelah genap setahun berblogging maka tidak terlalu awal rasanya untuk saya nak beli DSLR. Memandangkan pengetahuan saya tentang DSLR ini zero jadi saya  nak minta korang semua suggest me brand DSLR Mana yang paling bagus untuk saya yang baru nak berjinak-jinak dengan benda ni.

Suggest dari ShibliVision

Saudara Shibli ada juga suggest kepada saya untuk beli Canon EOS 600D tetapi saya masih blur nak beli brand mana satu. Tujuan utama saya beli DSLR ni sebab nak guna buat review dalam blog ini memandangkan kebanyakannya review dalam blog ini saya ambik menggunkan iPhone 4 sahaja.

Untuk memantapkan lagi blog ini, saya rasa bukan suatu pembaziran rasanya kalau saya beli DSLR. Saya anggap pembelian ini nanti suatu pelaburan jangka masa panjang selain menambahkan pengetahuan saya tentang DSLR kan.

Daripada sumber yang saya dapat kat blog TheSkop.com harga DSLR Canon EOS 600D ni harganya: RM2,549 (kerangka saja), RM2,999 (dengan EFs 18-55IS), RM3,688 (dengan Efs 18-135IS). Boleh tahan juga harganya kan hehe.

Walaubagaimanapun daripada pembacaan saya terutamanya daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia photographer brand bukan sesuatu aspek yang utama dalam pembelian DSLR tetapi perkara yang paling penting adalah skill.

Mereka yang memiliki skill di sini menurut saudara TarmiziShukri.com adalah mereka yang mempunyai kemahiran mengambil gambar menggunakan brand apa sekalipun tetap cantik sebab mereka ada skill. Macam saya yang takda skill ini mesti kena tanya korang yang pakar hehe.

Dalam perancangan saya nak beli DSLR dari Canon atau Nikon. Sony adalah pilihan ketiga saya kerana menurut mereka yang berpengelaman kalau nak beli sesuatu produk kena beli pada produk yang fokus kepada satu produk je. Canon bukan sekadar keluarkan kamera je kan, begitu juga Sony. Mereka mengeluarkan produk lain seperti labtob, printer dan banyak lagi tetapi Nikon hanya fokus pada kamera sahaja.

Walaupun Nikon hanya mengeluarkan satu produk sahaja bukan bermaksud Nikon ni je yang bagus kerana menurut mereka yang berpengelaman Nikon masih bergantung pada Sony untuk buat sensor. Namun begitu, Nikon user menafikannya kerana menurut mereka sensor Nikon adalah keluaran 100% daripada mereka sendiri cuma mereka bagi Sony sebagai pengilang sensor mereka.

Itulah sedikit perkongsian daripada pembacaan saya tentang DSLR, harap korang dapat suggest kepada saya brand DSLR mana yang bagus untuk saya buat review dalam blog ini.


28 thoughts on “Brand DSLR Mana Paling Bagus?

  1. - Rasa untuk zaman sekarang guna mirrorless camera lagi bagus. Contoh macam Sony NEX C3 (harga dalam RM1800), sensor diorang sama dengan DSLR cuma sebab tak ada prism, jadi saiz kecik, besar tapak tangan je.

    - Macam saya pun pakai camera mirrorless je, tak larat nak bawak DSLR ke sana sini.

    • Menarik juga cadangan tu tapi kalau jenis yang nak mencuba sesuatu yang baru rasanya berat tu bukan suatu masalah besar lagipun taklah berat sangat.

      Nak tengok kualiti gambar miroless camera yang kamu cadangkan tu boleh? hehe

          • Memang kalau mirrorless cadang Sony NEX C3 la, tapi kalau ada duit lebih beli Sony NEX 5N, dia pakai sensor yang sama dengan Nikon D7000.

            Jangan underestimate sensor Sony, ada sebab kenapa Nikon jadikan Sony sebagai supplier diorang. Iphone 4S pun pakai sensor Sony jugak.

            Macam saya pakai model Fuji X100. Memang sangat superb tapi mahal la, RM3500 waktu beli dulu,
            Arham Md Ali recently posted..REVIEW: iPhone 4SMy Profile

          • Info yang menarik saudara Arham. Thanks for the info. Sangat berguna untuk orang seperti saya yang baru nak berkenalan dengan mereka2 ni hehe.

            Dari dulu memang saya selalu dengar sony memang hebat kalau bab kamera, ingat lagi zaman sebelum ada smartphone macam dulu. Kamera dekat hp sony memang terbaik. Mereka juga selalu menang bab sound dulu.

  2. for beginner yang nak belajar pasal basic DSLR camera 600D adalah pilihan yang bagus. contoh kalau nak belajar pasal aperture, shutter speed, ISO. dan yang paling best 600D support video recording HD.

    aku pun pakai canon 550D rasa dan aku banyak gunakan untuk buat video recording. rasa silap gak dulu sbb tak amik je 600D sebab beza pun tak banyak pun sbb dia punya flip screen tu bagus untuk video and gambar. sbb boleh membantu amik shot dari sudut yang cantik.

    nak share tips skit. kalau nak buat video HD kena pakai memory card atleast class 6. tapi aku syorkan pakai memory card Sandisk Extreme class 10. :)

    wah. bagus la entri ni. dapat idea nak share pasal camera ni. :) thanks.

  3. kalau ditanya kepada pro pun mereka tak bagi jawapan..mereka akan cakap mana² pun boleh jadi bagus/tak bagus..depends kepada yang menggunakannya

    btw saya hanya pakai 1000D je..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge