Antara kerjaya blogger, kerajaan dan Swasta

Kerja sebagai blogger, kerajaan atau swasta korang dalam kategori mana?. Apapun kerja yang anda sedang lakukan sekarang itu adalah rezeki dan pilihan anda. Mungkin selepas keluar Universiti rezeki anda murah dan dapat bekerja di sektor kerajaan dan swasta dengan gaji yang lumayan setiap bulan sebagai pegawai, guru, pengurus dan sebagainya.

Artikel kali ini cuba mengupas tentang antara kerjaya blogger, kerajaan dan Swasta.  Sila baca dan tinggalkan komen secara profesional setelah anda membaca artikel ini sampai habis.

Kerjaya sebagai blogger? mungkin orang kampung akan blur apabila anda memberitahu anda bekerja sebagai blogger kerana apa yang diaorang biasa dengar ialah kerja kerajaan atau swasta kan .

Anda mungkin dianggap merapu apabila anda memberitahu bahawa kerja anda sekarang adalah blogger.  Apatah lagi kalau diaorang tanya bab gaji anda jawab sampai empat hingga lima ribu sebulan, diaorang takkan percaya punya. Apapun korang janganlah melenting ok yang penuh poket korang kan.

Namun jika anda sekarang kerja dengan kerajaan, andalah kebanggaan ibu bapa tak kisah apa kerja sekalipun asalkan bekerja dengan kerajaan.  Memang patut mereka berasa bangga dengan anda kerana anda telah mendapat kerjaya yang tetap.

Setelah membaca banyak website dan melihat income yang blogger dapat tiap-tiap bulan maka terbeliak juga biji mata dan tertanya-tanya sama ada betul ke tidak show of screen shot hasil pendapatan yang diaorang buat tu.

Walaubagaimanapun bukan semua orang percaya dan yakin dengan pendapatan yang dikatakan itu kerana hanya dengan duduk melepak di kedai kopi atau berkurung dalam bilik sahaja diaorang mampu generate income beribu-ribu ringgit. Ada dalam kalangan korang akan kata tak masuk akal. Namun itu adalah pandangan peribadi masing-masing kan.

Hal ini kerana sebagai manusia kita mungkin akan mempercayai sesuatu bila kita melihat depan mata kita sendiri, merasa sendiri ataupun apabila kita melihat kawan anda sendiri yang kerjanya sebagai blogger mendapat pendapatan yang sedemikian. Mentaliti kita tetap mengatakan bahawa kakitangan kerajaan itu mempunyai banyak duit kerana kerja kerajaan.

Skop & bidang  kerjaya  blogger, kerajaan dan swasta

Skop kerja blogger adalah luas, bidang kerjanya bersifat global kerana menjadikan internet sebagai medium untuk menghubungkan seluruh dunia.  Sebagai seorang blogger anda boleh menjadikan semua kreativiti anda dalam bidang laman web, photographer, e-book dan banyak lagi.

Kerjaya sebagai seorang blogger berbeza dengan kerja sebagai penjawat awam atau swasta.  Seorang blogger bebas untuk berada di mana-mana menghasilkan artikel yang mampu menarik beribu-ribu pembawa.

Apabila laman web seseorang blogger tersebut mempunyai banyak artikel yang berguna sama ada dalam bentuk tutorial, tips, exprince dan banyak lagi maka mereka secara automatik telah generate duit melalui iklan yang ada dalam laman web mereka.

Walaupun sekadar duduk melepak sambil bersosial dalam facebook di kedai kopi atau di mana-mana seorang blogger tetap bekerja kerana dalam masa yang sama mereka akan exchange link ke laman-laman web untuk mendapatkan hit agar mampu untuk generate lebih banyak income terutamanya bagi newbie.

Skill & Requirement blogger, kerajaan dan swasta

Untuk menjadi seorang blogger tidak memerlukan skill dan requirment wajib sebagaimana anda bekerja dengan kerajaan atau swasta. Namun bukan semudah yang disangkakan juga kerana anda perlu sekurang-kurangnya memiliki basic menggunakan blogspot yang boleh digunakan secara percuma oleh google.

Namun untuk menjadi seorang blogger yang serius anda perlu membeli domain dan hosting sendiri.  Seorang blogger yang ingin generate duit dari laman web sudah pastinya memiliki laman web sendiri.

Namun nasihat saya untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger anda perlu bermula dengan blogspot terlebih dahulu kerana anda perlu belajar macam mana menggunakan beberapa kod asas dalam pembinaan laman web.

Walaupun tidak perlu memiliki ijazah atau apa kelayakan sekalipun, artikel yang dikeluarkan oleh sesorang blogger menggambarkan sama ada beliau seorang yang berpengetahuan dan profesional dalam penulisan itu. Oleh itu, seseorang blogger yang baik tidak akan copy and paste dari laman web orang lain.

Sebaliknya akan cuba menghasilkan artikel yang berguna kepada masyarakat di seluruh dunia dalam bentuk tutorial, tips dan sebagainya.  Oleh itu, jangan anggap seorang blogger yang membuat review tentang apa yang mereka beli sama ada gadjet atau sebagainya menunjuk-nunjuk sebaliknya anggap itu satu perkongsian berguna kepada kita yang ingin memilikinya.

Sebenarnya membuat review adalah bukan asing lagi kalau di barat kerana di barat mereka yang membeli sesuatu produk pasti akan membuat review supaya berguna kepada masyarakat umum sama ada melaui You Tube, blog dan sebagainya agar boleh dikongsikan. Oleh itu tepis jauh pandangan bahawa review itu menunjuk-nunjuk.


10 thoughts on “Antara kerjaya blogger, kerajaan dan Swasta

  1. Bagus entri ni bro
    seronok bila jadi blogger ni,macam-macam kita boleh buat terutama dari segi skop tutorial,review,diari peribadi dan sebagainya

    • Ye, bagi rakan2 blogger yang dah lama kerja2 mcm ni memang dah biasa dibuat, ternyata bukan mudah untuk kita mengendalikan sebuah laman web kerana banyak cabaranya.Oleh itu kesabaran adalah penting, buat satu dua bulan bukan boleh nampak hasil terus kita kena tunggu

  2. Kalau income dari blog dah capai ribu2 sebulan.Aku akan pilih kerjaya blogger.Tetapi untuk capai tahap tu bukan sehari dua,malah makan masa juga tu.Ada blogger tak sampai setahun dah boleh dapat income ribu2.

    Kalau nak jadi blogger income lebat pun kena ada skill juga.Bukan setakat ilmu SEO jer,byk benda lagi sebenarnya. :) .Kalau masa muda2 dulu aku dah start blogging aku rasa dah boleh dapat byk income.Malangnya aku start dah lewat umur dah 35 baru nak mula :(

    • Betul bro nak capai tahap ribu2 ni memang susah, kena makan masa.Bagi blogger yang tak sampai setahun dah dapat income ribu2 tu memang rezekilah kerana mereka rajin.

      Kena start awal la kan bro, jangan nanti dah lewat nak menyesal takda guna.semoga berjaya bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge