Sudah menjadi kebiasaan kalau saya dah beli barang baru, saya akan kongsikan review dalam blog ini. Bukan untuk show off tapi untuk berkongsi dengan mereka yang berminat. Kali ini saya nak buat review Sharp Aquos 24″ Full HD LCD TV with Edge LED Backlight. Review ini mungkin boleh memberikan sedikit panduan untuk anda semua yang berminat membeli TV.

Sebenarnya Sharp Aquos ini saya beli untuk menggantikan CRT TV yang dah lama. Tambah lagi dengan EURO yang tengah berlangsung sekarang memang masa terbaik untuk tukar TV lama, baru lebih syok layan bola kan.
Kenapa beli TV LED bukan LCD TV? Sebenarnya saya telah buat sedikit research dari google sebelum membelinya. LED maksudnya Light Emitting Diod. Kelebihannya mempunyai backlight yang membolehkan LED TV menjadi lebih terang dan yang penting sekali ia jjimat eletrik berbanding LCD TV.
Dengan harga yang mampu milik iaitu RM899 bersamaan warranty selama dua tahun sudah memadai. Kenapa memilih brand Sharp bukan Samsung? Sharp seperti yang kita sedia maklum adalah peneraju skrin besar dan jenama TV No 1 di Jepun. Walaupun Samsung sekarang aktif mengeluarkan TV namun saya masih memilih Sharp berdasarkan komen yang positif.
Dari segi berat LCD & LED TV adalah tidak jauh bezanya iaitu ianya sangat-sangat ringan. Katakanlah anda berpindah rumah maka tidaklah anda mengangkat TV yang sangat berat macam CRT TV atau Plasma TV.
Zaman sekarang pengguna semua hendak membeli peralatan yang ringan. Maka bonus untuk kita memilih LCD atau LED TV. Keseluruhannya saya berpuas hati dengan Sharp Aquos dan semoga panjang hayat beliau bersama saya.
Salam. ko pakai Astro Beyond x? kalu pakai, camna dgn remote Astro sesuai x dgn TV Sharp? kalo tv LCD Samsung aku ni sgt sesuai, blh up & down volume guna remote Astro je (stanby pun same).
Tp aku penah tgk remote Astro Beyond mcm xberape sesuai dgn TV LCD Sony & Panasonic, volume up & down kena guna remote TV jugak (utk kesan audio yg maksimum)…
Ya saya pakai Astro Beyond, remote dia memang sesuai dengan TV Sharp yang saya beli.Saya guna Astro Beyond yang HD punya tapi mungkin akan tukar kepada Astro Beyond PVR dalam sedikit masa lagi.
Untuk TV LCD saya tak tahu sebab saya guna TV LED sebab LED TV memang semuanya sesuai dengan Astro Beyond.
oh, mcm 2. ok bro, thanks 4 the info…
sama2 bro
Assallammualaikum, dekat mana beli?? yg 32 inci berapa ek?
hai, nk tye rumah sy baru beli tv brand yg sama tp 39 inch punye..pastu kat rumah saya pakai astro byond..tp kan bile sambung ngan tv, gambar mcm pecah2..xcantik..
pastu mcm mna nak tahu tv codes utk adjust programme remote control astro yg boleh control vol up & down..huhu
harap sgt dpt bantu..tQ
Wow 39 inch, Full HD ke? Kalau full hd biasanya tidak ada masalah gambar macam pecah2 & tak cantik.
tv codes untuk adjust vol up & down dekat sebelah kiri, sebelah kanan adalah untuk chanel, ada logo – & + kanan dan kiri
haah full hd – tv led sharp aquos LC39LE440M.. tp bila pasang kat rumah, gambar jd pecah2 dan x cantik jgk..tgk kat kedai..cantik n smooth aje..
pastu, mcm mne kegunaan utk hdmi port? sbb kat rumah mmg dh pasang astro byond n sy dh pasang2 dua2 kabel wayar utk tv/av ngan hdmi port..tp still gambar x cantik juge, jadi petak2 dan gambar kabur2 mcm gambar kartun je.. ke hdmi port ni hanya utk channel yang ad hd je?
then, sy ad search jgk, ad yg ckp klu pkai astro byond kena guna hdmi port aje..pastu bile sy cabut wayar composite 3 warna tu, sy dh try cabut wayar 3 warna tu, pastu bile pegi dekat input select kat tv, sy tekan pada hdmi..tp no signal yg keluar..huhu kenapa ye?
aq nakk tanya…
play station 2 boleh guna TV ni x?
Ya support sebab kabel sama seperti pada PS3