
Hasrat mula-mula nak trade in je iPhone 4 kepada iPhone 4S tapi bila fikir-fikir balik tak jadi sebab macam rugi dengan harga yang ditawarkan. Maklumlah cina kalau berniaga mana nak beli mahal, yang nak paksa beli banyaklah tapi bila diaorang jual balik iPhone yang kita trade in tu confirm mahal.
Kalau korang ada hasrat hendak beli second hand iPhone 4 kat kedai sekarang harga pun masih mahal RM1700 daripada survey yang saya buat. Bila aku tanya nak trade in iPhone 4 kepada iPhone 4S, dia kata boleh kena tambah RM 1350.

Cuba korang kira harga asal iPhone 4S RM 2299. Maknanya dia cuma nak beli iPhone 4 saya yang tidak ada calar tu dalam RM949, rugi tak kalau aku trade in? Memang sangat rugi kan, ada baiknya aku jual dengan member atau di mudah.my. Daripada survey yang saya buat di mudah.my harga paling cikai pun RM1299.

Keputusannya saya tak jadi trade in atas sebab-sebab yang telah saya sebutkan tadi, akhirnya saya beli sahaja iPhone 4S. Walaupun iPhone 4 saya dulu berwarna hitam, saya tetap memilih warna hitam untuk iPhone 4S sebab warna hitam pada saya sangat bergaya dan menepati citarasa saya. Jadi sekarang saya ada dua iPhone, sapa nak sebijik? Hahaha.

Adakah satu pembaziran pembelian saya itu kerana saya telah memiliki sebuah iPhone 4? Pada saya tak sebab saya plan nak jual iPhone 4 saya kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang berpatutan berbanding dengan harga trade in. Banyak juga persoalan lain yang timbul sebelum saya membeli iPhone 4S. Antaranya kenapa saya tidak beli sahaja HTC One X yang menggunakan processor Quad Core?.

Sebenarnya saya telah bermain-main dengan HTC One X di beberapa buah kedai sebelum saya membeli iPhone 4S. Selain itu, saya ada juga baca dari laman web dan majalah tentang HTC One X. Namun ada beberapa perkara yang saya tidak berkenaan dengannya.

Daripada sedikit kajian yang aku baca HTC One X hitam dan putih mempunyai perbezaan. Pertama dikatakan bahawa edisi putih adalah lebih ringan daripada edisi hitam. Kedua, nombor kod firmware edisi putih adalah lebih lama tapi tarikh pengeluaran IMEI pula lebih baru. Namun itu bukan masalah utama kalau anda memang berhasrat nak belinya.

Selain itu, kedua-dua edisi ini juga didapati ada masalah warna yang nyata. Edisi hitam warna skrinnya lebih cenderung kepada warna panas. Oleh itu apabila anda mengambil gambar pada objek putih dikatakan bahawa objek tersebut sedikit kekuningan.
Manakala edisi putih lebih cenderung kepada warna sejuk, iaitu objek kebiruan apabila anda mengambil gambar. Harap-harap apa yang saya baca ini tidak betul nanti kecil hati pula pengguna HTC. Itulah sebab saya tidak memilih HTC One X.
Tentang spec iPhone 4S rasanya saya tidak perlu catatkan disini sebab semua sedia maklum, kalau masih blur anda boleh refer offical website Apple. Sememangnya susah untuk pengguna apple bertukar kepada smartphone lain kerana pengelaman menggunkan produk apple adalah sesuatu yang saya rasa sungguh special.
Belum sampai seminggu berada di tangan saya, ternyata banyak perbezaan antara iPhone 4 & 4S. Walaupun dari segi design sama cuma iPhone 4S sedikit lebih tebal namun tidak ketara sebab casing iPhone 4 still muat lagi.
Bezanya adalah apabila kita bermain game, iPhone 4S adalah lebih laju loading, grafik yang memang terbaik. Begitu juga apabila digunakan untuk bersosial di internet ianya lebih smooth dengan penambahan retina display menjadikan grafiknya sangat tajam. Oleh itu online menggunakan iPhone 4S jauh lebih smooth.

Kamera 8 megapixel dari iPhone 4S memang membuatkan kita teruja sebab apple telah melakukan perubahan pada kameranya. Perubahan daripada 5 megapixel kepada 8 megapixel telah membuatkan gambar yang diambil lebih halus seninya tidak kira sama ada gambar diambil pada waktu siang atau malam, kedua-duanya memang terbaik.
Ciri-ciri lain adalah dengan adanya SIRI yang memudahkan kita berinteraksi denganya. SIRI memahami bahasa inggeris yang mudah. Hanya dekatkan ke telinga dan bertanya dengannya apa sahaja. Kalau nak suruh dia carikan Maria Ozawa pun boleh juga hehe.
Selain itu, iCloud yang sangat memudahkan kita sebab apa yang ada dalam iPhone, iPad dan Mac akan diseleraskan di setiap produk apple tersebut. Memang sangat memudahkan dan mesra pengguna kan.
Kesimpulannya, pemeblian iPhone 4S adalah berbaloi kerana ciri, kualiti dan aplikasi terkini yang ada padanya membuatkan kita akan lebih berasa teruja. Namun apa yang mengagumkan saya adalah meskipun iPhone 4S adalah sangat-sangat laju dan dijana dengan pemprosesan dan display yang tinggi tapi masih mengekalkan jangka hayat baterinya.
Ada duit apa jenis phone pun boleh beli… kalau takde duit cam AF ni, diam-diam sudah!!!

adamfaiz recently posted..Imagine Lagu Ini Jadi Kegemaran
AF jangan kata macamtu, mana tau ada rezeki nanti. Review ini sebagai perkongsian je k. Mana tau AF nak beli suatu hari nanti boleh la rujuk di sini
Boleh jual kat kwn2,sambil bantu mereka yg nak merasa iphone..kalau kita trade in mmg harga murah biasa lah tu…at least modal kita dulu boleh guna semula..tapi tetap rugi…he3..kalau beli rumah ada untung…
Kalau beli rumah memang untung bro he3.Kongsilah tip membeli rumah kalau ada nanti saya jenguk baca
Artikel ini membuktikan kamu betul2 mencintai produk iPhone.
Review yang cukup lengkap dengan jalan cerita yang menarik.
Saya tak pernah guna mana2 versi iPhone apatah lagi 4s. – hanya android.
Mencintai kerana kualitinya he2.Tak pernah guna produk dari apple ye, boleh cuba kalau ada bajet lebih sebagai hadiah untuk diri sendiri.Saya pun pernah guna android dua kali, 1st guna Galaxy S Plus, 2nd Galaxy SII tapi tak lekat he2 sebab laging.
Hello! Samsung feveret saya taw! Haha
Tapi memang r..lagging. Tapi sekarang produk terkini keluaran Uncle Sam sekarang, Galaxy S3 dah ada quad core. Laju jer gitew..
Khabar angin iPhone 5 bersifat transparent. Nude gitew..Haha!
Lau nak ikutkan, aku nak je beli awal-awal domain iphone 7, nak main jual beli website kat flippa. Tapi takut gaduh mengenai branding-langgar law. Mana taw iphone 7 keluar kan…? haha. Lau apple nak beli domain aku tu, lagi untung. Domain+website+content lagi lar..
Wah minat Samsung rupanya. secara peribadi bagi saya samsung dah pada tahap memuaskan cuma body dia terlampau plastik surgery hehe. Pasal iPhone 5 tu saya no comment sebab selagi tak keluar kita tak akan tau.Ada juga plan nak buat domain tu ke hehhe..banyak untung woo kalau apple beli haha
bro, aku memang tengah cari iphone4 2nd hand nie.. tak kisah bukan iphone 4s pon.. kalo ko serius nak jual sila emel kat aku
… haha, tapi aku takleh beli sekarang, dalam bulan 7 pasnie aku cukup duit untuk beli, offer me your best price.. AKU SERIUS XD
Alamak sori bro. Kawan aku dah beli RM1500 haritu, boleh survey kat kedai tapi kat kedai mahal lagi 2nd hand dalam RM1700.
kalau bro nak jual iPhone 4S tu agak2 berapa ya?
Kalau bro nak 1k boleh saya masih simpan lagi, kualiti memang seperti baru sebab takda calar
boleh discuss in detail tak,serious buyer ni. 0137276677. & saya prefer cash-on-delivery, selamat utk awak & saya.
update:
boleh discuss in detail tak,serious buyer ni. 0137276677. & saya prefer cash-on-delivery, selamat utk awak & saya.
saya ada emel bro di ilawscofield86@gmail.com.saya ada bagi link FB saya sekali dalam emel & tempat tinggal.