iPad 2 adalah keluarga Apple ketiga yang menjadi koleksi saya selepas iPhone 4 & iPod nano. Selepas melihat beberapa review dan mencuba sendiri di beberapa permis yang menjual tablet terhangat di pasaran saya mengambil keputusan untuk beli iPad 2 walaupun saya tahu bahawa iPad 3 akan dilancarkan dalam masa terdekat ini iaitu pada 8 Mac.

Blogging akan lebih smooth bila menggunakan iPad 2
Mengapa iPad 2, kenapa tidak beli samsung, blackberry atau lain-lain tablet. Jawapan saya mudah kerana saya masih berpuas hati dengan produk apple yang mesra pengguna. Selain itu, lambakan apps untuk apple juga menyebabkan saya memilih tablet apple berbanding tablet lain.
Pengelaman menggunakan iPad 2 memang memuaskan apabila bermain games, bersosial dan mendengar muzik. Boleh dikatakan bahawa iPad 2 adalah iPhone 4 dalam saiz yang besar. Namun kualiti bateri untuk iPad 2 adalah lebih bagus berbanding iPhone 4.

Apabila meow jadi Lock Screen iPad 2
Selain itu, kerja update website juga menjadi lebih mudah apabila kita boleh membawa iPad 2 kemana-mana sahaja kerana amat ringan kalau nak dibandingkan dengan membawa labtob apabila kita keluar.
Aku pernah try Ipad2 ni mmg best woo..sekarang berapa harga?
Harga sekarang masih 1899 bro.Best memang best terutamanya bila main game dan surfing.
Aku ada iPad 2 ni… tapi yang mendukacita kan adalah camera yg sgt low quality… nak update blog letak pic dari iPad 2 pun jadi tak best.
Kamera iPad 2 memang agak low quality namun bukan masalah besar kalau dah ada iPhone 4 sebab saya memang jarang ambik gambar guna iPad 2.
Ipad 2 memang best tapi tunggu Ipad 3 ni.
Semoga dapat iPad 3 yang ditunggu tu haha