About

Sebelum terhasilnya website ini saya adalah pengguna blogspot yang boleh digunakan secara percuma.  Siapa sangka daripada suka-suka sahaja menggunakna blogspot akhirnya aku dah ada website sendiri.

Saya telah mengambil keputusan untuk membeli domain dan hosting sendiri dari ServerFreak.  Setelah membuat research dari internet tentang kepentingan domain aku akhirnya nekad untuk membeli domain dan hosting sendiri.

Ternyata apa yang dikatakan oleh mereka yang telah memiliki domain adalah benar.  Dengan menggunakan domain sendiri maka ianya lebih mudah untuk kita memasang iklan dan mencapai hit asalkan kita berpandukan cara yang betul. Secara tidak langsung juga kita akan lebih dihormati kerana kita berbayar.

Daripada seorang yang kosong tentang ilmu membuat laman web kini saya dah rasa puas kerana telah menghasilkan website yang tidak sebeberapa ini.

Memang satu kepuasan apabila anda memiliki website sendiri kerana semuanya dikawal oleh anda sendiri.  Selain mesti bijak menarik pelawat, content yang ada laman web juga mesti menarik.

Memang sesuatu yang mencabar apabila anda berpindah daripada blogsopt kepada domain, walau bagaimanapun jangan mudah putus asa kerana kalau anda terus berusaha mesti dapat punya.

Nasihat saya anda mesti rajin membaca website mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang membuat website.  Mereka pasti ada memberikan tutorial dan tips yang berguna kepada anda.

Selalu juga kawan-kawan sekolah dulu bertanya apa tujuan buat website?.  Memang patut pun mereka bertanya macamni sebab bukan semua kawan kita yang tahu tentang website apatah lagi nak buat website.  Secara ringkas website terbahagi kepada beberapa kategori sama ada untuk bisnes ataupun beberapa tujuan lain.

Selain itu, dengan website anda boleh memasang iklan dan anda boleh dapat income dari iklan.  Berapa banyak income yang kita boleh dapat dari iklan itu bergantung kepada hit website kita.  Permulaan memang tak nampak sangatlah hasilnya, oleh itu ramai yang putus asa dalam mendapatkan income dari iklan.

Dari mana nak dapat iklan? iklan adalah banyak bergantung kepada kita sendiri untuk memilih antaranya dari Adverlets, Nuffnang, inity dan banyak lagi,.  Bagi newbie anda boleh bermula dengan blogspot dulu sebelum membeli domain dan hosting sendiri. Tidak perlu terburu-buru membuat keputusan sebab bukan terus boleh nampak hasilnya dalam masa yang singkat.

9 thoughts on “About

  1. Cantik header ni. Theme ni simple dan menarik. Saya nak tanya, macam mana nak letakkan advertisment kat atas header tu ye? Puas saya cari di forum, masih blm berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge