Tak dinafikan lagi bahawa kerja yang sentiasa ada setiap hari, bulan dan tahun membebankan kita. Namun apa boleh buat, itulah namanya kerja. Kalau takda kerja lagilah susah kan?. Jadi untuk menghilangkan segala stress dan boring anda tu saya kongsikan 10 tv series terbaik yang boleh menghilangkan stress.
1. Prison Break-Menjadi pilihan pertama saya kerana jalan cerita yang memang menarik. Watak Micheal Scofield dalam series ini yang cuba menyelematkan abangnya yang dimasukan ke penjara dengan plan yang sangat menarik.
2. Lost- TV series yang penuh dengan tanda tanya apabila kapal terbang mereka crash dan mereka telah terdampar di sebuah pulau. Dari situ bermulah mereka adventure cara hidup disebuah pulau yang berhantu.
3. The Vampire Diares- Berkisar tentang percintaan antara Vampire dengan manusia. Apa yang menarik kedua-dua beradik masing-masing mencintai perempuan yang sama. Wajip tonton series ni sebab banyak awek comel dan babak 18sx hehe.
4. Nikita- Series yang mengetengahkan wanita sebagai watak utama. Watak wanita Jepun yang bernama Nikita yang sememangnya seksi dan pandai beraksi menjanjikan jalan cerita yang menarik. Memang relase segala tension layan cerita ni bila tengok Nikita yang seksi, jangan sampai cair dah la hehe.
5. Chuck- Cerita tentang pemuda bernama Chuck yang lucu, siapa sangak dia sebenarnya adalah ejen FBI.
6. Supernatural- Cerita tentang dua beradik yang sememangnya penuh dengan dunia supernatural dan paranormal. Bermula dengan kematian ibu bapanya dan kekasih kepada Sam yang memaksa mereka terjebak dengan dunia supernatural.
7. Smallville- Sebuah cerita ala Superman. Cerita superhero yang menarik namun agak panjang seasonnya.
8. 24 – Sebuah cerita penyiasatan yang penuh dengan aksi mendebarkan. Kalau hero dia muda sikit mesti cerita ini lebih gempaq.
9. True Blood – Series Vampire yang boleh tahan untuk dilayan kerana heroinnya yang seksi hehe.
10. Merlin – Series epik yang menarik sebab penuh dengan magic watak utamanya Merlin. Kalau suka Harry Potter mesti suka cerita ni.
Inilah TV Series yang saya layan kalau dah stress sangat dengan kerja. Kalau cakap takda masa memang setiap hari kita takda masa nak tonton movie sebab sibuk dengan kerja. Namun kalau ada masa tu boleh lah layan. Takkan hidup nak kerja ja kan, mesti ada masa untuk diri sendiri.
saya memang tgk tv series ni, akan tetapi skrg ada tv series yg terbaru, x tgk ker..
Yang terbaru saya layan Hawai Five 0, teen wolf & etc
dahulu, semasa masih study memang tv series inilah yang menjadi rebutan. mana mana kawan yang ada DVDnya, memang berebut nak pinjam n tengok. meriah
tv series zaman study ni,skrg dah banyak baru tapi byk yg mcm kurang bajet citer
‘Mind your language’ pun best gak. Very multicultural and classic x
Belum pernah tengok lagi, kalau ada link download share la bro
Biasa stream online je kat http://www.tv-links.eu/ x