10 Sebab Beli Macbook Pro Berbanding Macbook Air

Memandangkan pembaca blog ini meminta saya mengeluarkan artikel tentang sebab saya memilih Macbook Pro berbanding dengan Macbook Air maka saya mengeluarkan updatenya kali ini. Ada apa dengan Macbook Pro sehingga saya memilihnya? Baca sampai habis untuk mengetahuinya. Semoga membantu.

Beli sekali dengan iPad 2 hehe

Hello lawrence !

1. Prosessor Lebih Laju

Kenapa saya tidak memilih Macbook Air adalah kerana bila saya tengok spesifikasi untuk Macbook Air, prosessor paling power pun 1.7GHz dual-core Intel Core i5 berbanding Macbook Pro, 2.4GHz dual-core Intel Core i5 . Bagi mereka yang suka edit video Macbook Pro memang pilihan tepat.

2. Antara Laju & Ringan

Memang dari segi harga Macbook Air menang sebab untuk 13 inci RM 3999. Manakala Macbook Pro RM 3699. Apa yang saya lihat sebab utama orang yang beli Macbook Air adalah kerana ianya sangat ringan. Oleh itu, antara ringan dan prosessor lebih laju, saya pilih prosessor yang lebih laju.

3.Berbanding Labtop Biasa

Kalau hendak dibandingkan Macbook Pro dan Macbook Air memang Macbook Pro lebih berat tetapi Macbook Pro tetap ringan berbanding jenama labtob yang ada sekarang. Berat Asus yang saya gunakan sebelum ini tidak ada masalah untuk saya membawanya ke mana sahaja, Macbook Pro ni pula lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan Asus.

4. Screen Macam Smartphone

Apabila saya melihat sendiri di Swithc saya tertarik dengan screen Macbook Pro memang kelihatan solid seperti smartphone. Ini mudah dicuci sebab debu tidak boleh masuk ke dalam dari celah screen. Labtop biasa memang mudah dimasuki habuk sebab di bahagian bawah screen masih mempunyai ruang. Kalau tak percaya bila anda jalan-jalan nanti cuba bandingkan screen Macbook Pro dengan labtop lain memang jauh bezanya.

5. Bateri Tahan Lama

Dari aspek bateri pula kedua-duanya sama sahaja iaitu jangka hayat bateri yang lama, iaitu selama 7 jam. Bayangkan kalau bateri tahan 7 jam, nak melepak tengok bola pun takyah nak usung charger takdala korang kena charge seringgit sejam dengan mamak sebab plugin charger.

Anda boleh 100% confident kerana Mac baterinya adalah built-in, maknanya ketahanan bateri lebih tahan lama berbanding laptop-laptop biasa yang boleh pasang dan bukak bateri. Oleh itu sekarang laptop Vaio dah perkenalkan bateri built-in pada laptop untuk memastikan ianya tahan lama.

6. Design

Design Macbook Pro memang membuatkan sesiapa sahaja cair melihatnya. Kalau ada sesiapa yang cuba mempertikaikannya mungkin sekadar menjaga hati diri sebab dana belum cukup lagi hehe.

7.First Time On

Apabila first time anda on Macbook Pro, berikut adalah perkara-perkara hebat yang anda alami. Anda tekan on je, keyboard dia dilengkapi dengan lampu yang membolehkan korang buat kerja waktu malam jadi takdalah nak menggangu roomate anda yang tengah tidur (bagi yang masih stduy). Apa yang menarik ialah backlight keyboard dia akan automatic on bila malam & off bila siang hehe.

Apatah lagi kalau anda buta keyboard jadi anda tak payah nak hafal susunan keyboard tu. Bila imbas kembali time saya menggunakan Windows 7 mengambil masa sehingga 15 saat untuk startup namun 3 saat sahaja diperlukan untuk startup nya hehe.

8. Charger Yang Cool

Kita juga pasti terpesona dengan charger Macbook Pro yang memang cool. Bila anda plug pertama kali, anda akan berasa terkejut sebab port dia tu dah siap dengan magnet (tiada lubang bulat seperti kebiasaannya). Tak payah korang nak cucuk-cucuk macam laptop biasa. Hanya dekatkan sahaja charger tu dia akan terus melekat..pehhhh kata korang dalam hati hehe.

9. Software/ Apps

Software sama ada games, converter, player dan macam lagi biasanya di Window kita perlu menunggu lama untuk install hingga sampai 1 jam pun ada kalau program yang filenya besar. Namun perkara itu tidak berlaku di Mac, kalau file tu dah ada atau sudah siap didownload anda cuma perlu drag & drob je Tadaaaa.. siap hehe. Terus boleh main or run program.

10. DVD Drive

Ini juga merupakan sebab kenapa saya memilih Macbook Pro berbanding Macbook Air. Walaupun bukan everyday kita menggunakannya namun tetap diperlukan. Sekiranya saya membeli Macbook Air maka saya terpaksa membeli DVD Drive secara berasingan. Kalau beli Macbook Air 3999 maka anda perlu menambah 269 untuk DVD Drive Macbook Air yang dibeli secara berasingan.

DVD Drive Macbook Pro memang style giler sebab kalau tengok dari luar memang tak nampak seperti ada tempat memasukan DVD. Tempat memasukan DVD nya adalah di sebelah kan. Cucuk je CD anda dia akan auto tarik.


32 thoughts on “10 Sebab Beli Macbook Pro Berbanding Macbook Air

  1. salam ziarah, huish ipad2 skali ngan macbook tue dia tibai.. byk duit bro.. hehe, tatau pesal orang suka sangat macbook nie untuk design.. ape kelebihan die arh? padahal barang kat dalam tue sama jer ngan komputer biasa.. :D

    • Standard berat labtop la tu bro. Kalau tak penting sangat tak digalakkan beli Mac ni sebab mahal. Accersories dia pun mahal juga. Asus better sebab kualiti pun bagus cuma kalau nak advance boleh la angkat Mac sebijik hehe

  2. Hi lawrence! Great sharing! Anyway, aku rasa aku patutlah beli macbook pro. Processor RAM lebih besar dan lebih laju, cooler lap-based berbanding Macbook Air, walaupun lambat sedikit kalau nk tnggu on tu. Itupun sebab MBAir ada SSD. Lagipun, ko tahu jelah kan, aku ni kaki game. Banyak benda nak install. Lagi bagus sebab ada graphic card. Macbook Air pun boleh jugak kan tapi…tak sure performance dia macam mana. Aku nak share satu perkongsian yang best dari MD. Iaitu Parallels Windows 7 untuk Mac dengan harga RM30. Berita buruk, offer tu dah habis.. haha! Sedih aku sbb tak sempat nak grab. Boleh jugak aku guna untuk memparallel kan Laptop xps aku ni dgn Mac. Haish…

  3. walaweyh.. baru beli.. good job!! ni nak share satu group kat FB. maybe u boleh join. kalau nak tanya apa2 pasal apple leh tanya kat situ. bagus la. banyak membantu kepada orang yang baru pakai mac.

    lagi untung. beli mac sekali dengan ipad. nanti nak buat presentation boleh control slide guna ipad. STYLE!! :)

    ini link ke FB group macbook owner club :-
    https://www.facebook.com/groups/109055026566/

  4. Owh dah buat dah entry pasal Macbook Pro ya? Saya dah lebih 2 minggu tak ada internet jadi lama tak singgah.

    Can’t say that I agree with all your points. Sebab separuh dari sebab yang awak bagi tu sebenarnya ciri-ciri laptop Apple, bukan exclusive untuk Macbook Pro je.

    Tapi laptop Apple memang hands down sangat bagus, dan design dia memang takkan lapuk dek usia.

    • Macam rupanya hehe patutla lama tak singgah komen kat sini, problem juga kalau tiap2 bulan kena tukar wayar.

      Dah beli MBA rupaya mesti sebab dia ringan & style hehe. Minat juga dgn MBA cuma ada beberapa sebab saya tak beli haritu, salah satu adalah tak dapat nak upgrade ram

  5. Salam,

    Alang-alang nak beli MacBook Pro, lebih baik cari spec yang ada built-in graphic card (AMD Radeon + GDDR5 RAM ) i.e specs utk15″. Memang berbaloi, walaupun terpaksa menabung lebih.

    Kalau beli spec yg 13″ mmg pakai shared memory dgn sistem. Akibatnya, sistem akan cepat panas bila pakai application yang serius guna graphics & games. Lainlah kalau kita cuma pakai word processor & speadsheet.

  6. bro…nak tnya..ko tau x cara nak install game kat macbook??
    aq tngok kat youtube ad jerkk..
    tp still x dpat2
    aq student yg memang akan guner dier untuk study…
    tp kadang2 akan jadi tahap bosan pulak biler x dapat lansung touch game..
    nak tunggu PSP vita lama ag arr kowt..
    grr…
    please bantuan di c-nie..

    • Awak guna Macbook Pro 13 inchi ke? Kalau untuk game better yang 15 inchi. Game untuk Mac agak limited sebenarnya, kalau game basic boleh download kat Apps Store. Kalau nak game seperti Real Racing, Need for Speed kena beli yang original, itupun kena order depend dengan kawasan yang awak tinggal la. Kalau KL, Penang takda masalah sangat nak cari.

  7. Bro,nak tnya..mac air boleh install software engineering tak?contoh mathlab?adobe flash?etc?
    Agak2 kalau kegunaan just utk menulis je,perlu ke mac pro?or mac air just ok?

  8. Assalamualaikum. sy nak minta pndpt, antara MBP retina and none retina, which one is better? sb sy dah cuba tgk2 dkat blog lain, ramai yg kata retina ni bagus. tp korg pun tahu kan.. harganya melambung tinggi. beza antara MBP retina and none retina is 900 ringgit. so sbagai bakal law student, mana yg lebih sesuai. sb sy pun slalu juga edit photo ni. terima ksh sb sudi memberi pndapat :)

  9. Salam. Ada satu soalan. Dalam blog myFirdaus, dia cakap untuk guna external hard drive, kena install third party software macam Paragon NTFS sbb MacOSx hanya membenarkan read only pada apa2 storage berformat NTFS/FAT/FAT32.

    1. Adakah most external hard disk menggunakan format ini? Are most hard drive compatible with Mac? Boleh read and write in both Windows and Mac ke maksud saya.

    2. Untuk install third party software tu, banyak tutorial saya tengok tapi semuanya untuk snow leopard dan sudah tidak berfungsi untuk mountain lion (melalui komen-komen). So how?

    3. Betul ke kalau guna wireless mouse selain Apple, scrolling akan jadi terbalik? (review from seorang pengguna Macbook Pro dalam blognya)

    I really need you to answer cause I’m thinking of changing from Windows to Mac :) But my big concern is the external hard disk issue. Thank you

    • external hard drive memang kena guna install third party software. Untuk montion lion saya tak pasti sebab belum pernah cuba lagi. Scrolling memang terbalik tapi boleh setting dekat mouse, saya recomand beli logitech kalau taknak beli magic mouse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge