Ultimate Ears 200vm Untuk Smartphone & Tablet

On May 19, 2013, in Review, by Lawrence Vision

Buat anda yang sedang tercari-cari earphone untuk smartphone & tablet, Ultimate Ears 200vm adalah sebuah earphone dengan harga mampu milik (RM99) yang mungkin boleh anda senaraikan dalam list pilihan anda. Ini kerana kualiti yang ada pada earphone ini sangat bagus.

Ultimate Ears 200vm Noise-Isolating Headset ini didatangkan dengan 5 jenis soft silicone yang boleh dipasang mengikut kesesuaian pada telinga anda. Selain itu, ia didatangkan dengan warranty selama dua tahun.

Kita sedia maklum bahawa UE adalah pengeluar earphone yang sangat popular dengan kualiti yang menjadi pilihan artis top antarabangsa. Misalnya Ultimate Ears 200vm ni menjadi pilihan Trey Song.

 

F310 Gamepad Untuk PC Gamer

On May 17, 2013, in Games, Review, by Lawrence Vision

Logitech telah mengeluarkan F310 Gamepad iaitu sebuah controler G-Series yang sangat terkenal dengan kualiti binaan yang bergaya untuk PC gamer. Gamepad ini adalah 100% menyokong Window 8 kerana dari keluarga G-Series.

Dari segi design nampak lebih ringan dan kecil berbanding F710 Gampad yang dikhaskan untuk kegunaan secara wireless. Namun dari segi penggunaannya sangat selesa, kita tidak perlu risau tentang bateri kerana tidak menggunakan bateri seperti F710 Gamepad.

Perbezaan ketara pada F310 Gamepad ini dengan F710 Gamepad adalah ketiadaan butang vibration. Namun dengan harga RM89 F310 Gamepad ini tetap setanding dengan F710 Gamepad dari segi kepuasan penggunaannya.

Keseluruhannya F310 Gamepad daripada Logiech G-Series ini sangat berbaloi untuk dimiliki oleh PC Gamer yang sedang mencari controler pada harga yang berpatutan tetapi dengan kualiti yang bagus.

 

Gamepad Logitech F710 Kini Support Window 8

On May 16, 2013, in Games, by Lawrence Vision

Pihak Logitech kini telah mengemaskini update untuk gamepad F710 dan ianya berfungsi 100% dengan Window 8. Kepada mereka yang mengalami masalah tidak support sebelum ini anda boleh download software tersebut sekarang di SINI.

Berita baik kepada peminat Logitech, kini mereka telah mengeluarkan produk yang dikhaskan untuk game iaitu G-Series.

Berikut adalah senarai game yang kini ditambahkan pada bahagian profile di Gaming Setting Software :

  • Bionic Commando (Steam)
  • Brothers in Arms- Hell’s Highway
  • Call of Duty 4
  • Call of Duty World at War
  • Crysis
  • DCS Black Shark
  • Enemy Territory – QUAKE Wars
  • Fallout 3 (steam)
  • Wanted: Weapons of Fate
  • Far Cry 2
  • FEAR 2
  • Ghost Recon: Advanced Warfighter 2
  • Left4Dead
  • Legendary
  • Mass Effect
  • Medal of Honor: Airborne
  • Night at the Museum 2
  • Rainbow Six Vegas 2
  • Stalker: Clear Sky
  • Wheelman
  • Pro Evolution Soccer
 

Ada Apa Dengan Apple Magic Mouse?

On April 27, 2013, in Review, by Lawrence Vision

Haritu saya ada beli Apple Magic Mouse berharga RM229 dari itfusion untuk kegunaan pada MacBook Pro. Di sini saya nak kongsikan sedikit reviewnya.

Antara ciri yang menarik pada Apple Magic Mouse ini adalah tidak memerlukan reciver seperti kebanyakan mouse, sebaliknya ianya hanya memerlukan kita on bluetooth pada Macbook Pro. Jadi kita dapat jimat port usb sebab dekat MacBook Pro hanya ada dua port usb. Maka dapatlah kita guna port tersebut untuk kipas dan pendrive.

Semua ciri-ciri yang ada pada touch pad boleh dilakukan pada magic mouse ini. Penggunaan baterinya setakat ini tidak ada masalah sebab saya selalu make sure magic mouse tersebut off selepas menggunakannya.

Apa yang saya tak suka pada magic mouse ini adalah ianya agak berat. Oleh itu anda perlu menggunakan mouse pad yang licin supaya ianya senang untuk digerakkan tetapi ini mungkin disebabkan saya sudah biasa menggunakan mouse daripada Logitech.

Kalau anda rasa berminat dengan ciri-ciri pada touch pad tetapi menginginkannya pada mouse, anda boleh mendapatkan Apple Magic Mouse ini tetapi sekiranya anda hanya memerlukan untuk melakukan kerja melibatkan right click yang simple sebenarnya masih banyak mouse pada harga rendah yang boleh anda dapat.

 

Taktik Extreme Casing Untuk iPhone 5

On April 11, 2013, in Review, by Lawrence Vision

Baru-baru ni saya ada membeli casing daripada Lunatik iaitu Taktik Extreme untuk iPhone 5. Seperti yang kita sedia maklum, Lunatik memang terkenal dengan produk yang berkualiti.

Taktik Extreme ni saya beli daripada itfusion iaitu sebuah kedai yang menjual barangan Apple secara sah dengan harga RM299.

Ciri-ciri menarik pada Taxtik Extreme:

* Skrin Corning Gorilla Glass

* Silencer Switch memudahkan kita untuk vibrate

* Port Cover warna merah

* Water + Dust Resistant Membranes

* Rekaan menarik pada bahagian Sealed Audio & Charging Ports

Keseluruhan saya berpuas hati dengan binaan yang ada pada Taktik Extreme ini kerana kalau terjatuh sekalipun kita tidak akan berasa risau kerana casing ini mampu melindung iPhone 5 daripada calar.

 

Yoobao YB-651 Power Bank Transformer

On April 10, 2013, in Review, by Lawrence Vision

Sebelum ini saya pernah membuat review tentang Yoobaoo Power Bank model YB-642 dengan kapasiti 1200mAh. Kali ini saya nak buat review ringkas tentang Yoobao YB-651 Power Bank Transformer dengan kapasiti yang lebih tinggi iaitu 13000mAH.

Saya sebenarnya tertarik dengan logo transformer yang ada pada power bank tersebut kerana mengeluarkan led berwarna biru semasa mengecasnya, manakala bertukar kepada warna merah apabila kita mengecas handphone.

Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kedai. Yobaoo Powerbank yang saya beli  berharga RM 215 serta didatangkan dengan waranty selama enam bulan.

* Menyokong: iPhone, iPad Mini, iPad, telefon Android Samsung, HTC, Sony, LG, Nokia serta tablet serta peranti yang menyokong cas melalui port USB

 

Ada Apa Dengan iPhone 5?

On April 9, 2013, in Review, by Lawrence Vision

Bermula dengan iPhone 4, kemudiannya bertukar kepada iPhone 4S dan terkini iPhone 5. Jika pada generasi iPhone sebelum ini saya memilih warna hitam, namun kali ini saya memilih untuk membeli iPhone 5 versi white & silver.

Design

Lebih nipis, lebih panjang tetapi lebarnya dikekalkan supaya selesa dipegang menggunakan sebelah tangan. Design pada bahagian speaker dan port lightening sangat-sangat menarik perhatian saya kerana buatanya yang begitu teliti. Pada saya port lightening yang lebih kecil dapat mengelakkan habuk daripada masuk.

Kamera

Walaupun Apple masih mengekalkan 8 megapixel pada iPhone 5 namun kualiti gambar yang diambil adalah jauh lebih bagus berbanding iPhone 4S.

Begitu juga dengan function panorama yang disediakan mudah digunakan. Berikut adalah kualiti gambar pada iPhone 5.

Apps

Salah satu tarikan utama mengapa saya terus memilih iPhone adalah apps yang begitu banyak dan berkualiti sama ada percuma atau berbayar.

Meskipun kebanyakan smartphone android mempunyai spec yang jauh lebih tinggi tetapi dari aspek aplikasi mereka masih berada di belakang.

Mungkin disebabkan lambakan smartphone android yang ada di pasaran menyebabkan pembangun aplikasi android sukar untuk mengoptimiskan kesemuanya.

Battery

Walaupun didatangkan dengan processor yang lebih laju berbanding iPhone 4S namun iPhone 5 masih mempunyai daya tahan battery yang cukup baik. Pada saya, battery life bukan masalah utama kerana sekarang kita ada power bank yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja.

Headphone

Headphone baru yang diberi nama Apple EarPods & travel case sangat-sangat menarik kerana nampak ekslusif. Binaan pada Apple Earpods begitu solid & travel case yang dibekalkan oleh Apple sangat berguna bukan seperti kebanyakkan smartphone android yang disimpan dalma plastik. Travel case yang dibekalkan sebagai protecion kepada Apple Earpods supaya tidak mudah rosak.

 

Nitro adalah sejenis game racing kereta yang best kerana boleh berlawan secara online multiplayer, boleh upgrade kereta dan banyak lagi.

Game ini ditawarkan secara percuma di  untuk iPhone dan iPad. Kepada anda yang berminat anda boleh download di SINI.

Kalau anda hendak bermain game ini dengan saya boleh add saya menggunakan username lawrencevision.

 

Kalau sebelum ini kita agak leceh semasa shut down dan restart komputer kerana perlu menekan butang start pada Windows, lebih-lebih lagi pada Windows 8 kini yang tiada button start.

Namun dengan PC monitor, kini anda boleh menjadikan smartphone anda sebagai remote control untuk shut down dan restart walaupun secara jarak jauh.

Katakan anda terlupa untuk shutdown komputer tetapi anda telah berada di luar, jangan risau kerana kini anda boleh shut down komputer anda menggunakan smartphone sama ada iPhone atau Android phone.

PC monitor ini menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux. Kepada mereka yang berminat anda boleh ke Apps Store dan Google Play.

 

Cara Setting Logitech G35 Surround Sound Headset Untuk Mac

On February 14, 2013, in Tips Komputer, by Lawrence Vision

Logitech G35 Surround Sound Headset tidak disediakan software khas oleh Logitech seperti yang disediakan untuk  Window. Oleh itu, ramai pengguna Mac yang tidak berpuas hati. Di sini adalah alternatif bagaimana untuk menjadikan Headset tersebut berfungsi dengan Mac.

Dekat Mac Sila Klik:

* System Preferences

* Sound

* Output (Input)

* Choose G35 manually

Selepas melakukan setting tersebut kini anda dapat menggunakan Headset tersebut 100% di Mac anda.

 
Page 1 of 912345...Last »